Kuala Lumpur, 21 April
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran tidak mempedulikan laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh Pertubuhan Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) di Balai Polis Setapak, hari ini.
Pertubuhan GERAM membuat laporan polis berhubung kecenderungan N.Surendran menghasut rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti sistem kehakiman negara, susulan tindakan beliau mempertikai hujah penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran menyifatkan tindakan GERAM sebagai sesuatu yang mengarut.Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran menyifatkan tindakan GERAM sebagai sesuatu yang mengarut.
Surendran berkata tindakan kumpulan GERAM itu sedikit pun tidak mengugat pendiriannya sebelum ini.
“Saya berpegang pada pendirian saya. Saya tidak takut pada kumpulan pro-UMNO ini,” katanya.
Malah, menurut Ahli Parlimen Padang Serai itu, apa yang dilakukan GERAM dilihat sebagai mengarut.
“Saya tidak ada masa mahu melayan karutan mereka,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Sementara itu, Presiden GERAM, Norafiq Mohd Noor menyifatkan N. Surendran sebagai seorang yang suka berpura-pura.
“Apa yang kita boleh lihat di sini sikap hipokrit yang ditunjukkan Naib Presiden PKR, yang memperlekehkan kaedah penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Anwar Ibrahim.
“Tindakan beliau jelas menghina keputusan Makamah Rayuan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, hari ini.
Terdahulu, GERAM membuat laporan polis terhadap Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli, yang mendakwa bukunya yang bertajuk ‘Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di mana Integriti Mahkamah’ dilihat sebagai menyalahi kesalahan dibawah Seksyen 13 (Penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
-
Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Dat...
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
K etua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam p...
-
A mat menyedihkan bila Islam jadi pengecut dan sanggup menurut apa sahaja kehendak pemimpin mereka. Jika Ya... maka ya lah, Jika tidak... ...
-
“Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja...
-
“T” ertinya "tukar kerajaan PAS Kelantan kepada Barisan Nasional.Di negeri majoriti Melayu Kelantan, perbezaan politik boleh di...
-
KEKAL atau TUKAR ? jika betul kita kekal, jika salah kita tukar. Apapun diucapkan tahniah kepada Wokil Rakyat PAS yan telah berjaya men...
-
DOWNLOAD : UCAPAN BAJET TAHUN 2014 Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
-
P aparan ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk kesedaran kita semua.Aktiviti pelacuran di Negeri Pemerintahan ulama (kata...


No comments:
Post a Comment