Lain-lain

Saturday 10 June 2017

SEMAK SECARA ONLINE KELAYAKAN UNTUK MEMILIKI DEKODER MYTV

Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara secara percuma.

Penerima MYTV Basic perlu membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder tersebut.

Okay, diingatkan ada bayaran yang dikenakan sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan.

Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan. Tiada yang percuma okay!

Cara semak untuk MYTV Dekoder Basic percuma

Dah semak kelayakan anda sama ada layak atau tidak untuk menerima MYTV Dekoder Basic ini secara percuma? Kalau belum, jom kita semak kelayakan anda dengan cara yang sangat mudah di bawah :



1) Layari laman web utama MYBROADCASTING MALAYSIA di :

http://mytvbroadcasting.my/index.php

dan semak keputusan :


SEMOGA TERPILIH !!


Wednesday 8 June 2016

8.6.2016 : PENYERAHAN CENDERAMATA DAN WATIKAH PELANTIKAN YANG BERHORMAT DATUK SERI AHMAD ZAKI ANSORE #‎AnakMuda‬ ‪#‎YusufAzmi‬ ‪#‎AMIM‬ ‪#‎JihadEkonomi‬




Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjungan kehormat pihak AMIM dan seterusnya sudi menerima  Watikah Pelantikan beliau sebagai Penasihat Kehormat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM).

Watikah Pelantikan telah di sampaikan oleh Pengerusi AMIM saudara Yusuf Azmi bertempat di bilik mesyuarat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Putrajaya.Majlis penyerahan turut dihadiri dan disaksikan oleh beberapa anggota Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) yang lain.

Friday 3 July 2015

KENYATAAN BALAS ISU PLAT PATRIOT

Kekeliruan dan kontroversi plat PATRIOT berpunca selepas manipulasi fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia menjadi lebih parah apabila dipolitikkan oleh Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming.

Namun kenyataan mereka yang disiarkan melalui laman Malaysiakini mengandungi fakta tidak tepat dan telah di putar belit sekaligus mewujudkan persepsi negatif ke atas Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM).

Plat PATRIOT merupakan inisiatif YPNM bertujuan untuk mempromosi semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Hasil penjualan plat tersebut akan dimanfaat untuk melaksanakan program dan aktiviti patriotisme secara menyeluruh membabitkan pelbagai agensi di seluruh Negara.

Berikut adalah penjelasan bagi setiap dakwaan yang telah ditimbulkan.

Dakwaan 1:
Projek RM10 juta, JPJ hanya diberi RM1 juta.

Fakta:
Kenyataan ini tidak tepat. Nilai RM10 juta adalah SASARAN jualan plat PATRIOT bukannya KEUNTUNGAN atau nilai projek yang dianugerahkan secara terus kepada YPNM. Pembayaran RM1 juta kepada JPJ adalah syarat asas selepas kelulusan plat siri khas tanpa mengira keuntungan atau kerugian yang dihadapi oleh YPNM. Justeru, sebarang risiko ditanggung sepenuhnya YPNM tanpa melibatkan pihak kerajaan.


Dakwaan 2:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganugerahkan kelulusan plat PATRIOT kepada YPNM melalui rundingan langsung.

Fakta:
Dakwaan bahawa YPNM mendapat kelulusan dari rundingan langsung dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan pemangku Menteri Pengangkutan (ketika itu) adalah tidak benar. YPNM membuat permohonan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 2013 dan mendapat kelulusan selepas 2 tahun permohonan dibuat iaitu pada awal tahun 2015. Selain plat PATRIOT, terdapat lebih 25 plat siri khas yang telah diluluskan sebelum ini.

Dakwaan 3:
Pendapatan JPJ adalah wang rakyat, hasil penjualan plat PATRIOT juga adalah wang rakyat. Ini adalah kerugian kepada Negara.

Fakta:
Plat PATRIOT merupakan inisiatif Yayasan Patriot Negara Malaysia sepenuhnya, JPJ tidak pernah ada perancangan untuk mengeluarkan plat khas siri PATRIOT. YPNM tidak menggunakan sebarang peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan atau wang rakyat. Justeru, tuduhan pihak JPJ mengalami kerugian adalah tidak benar kerana agensi berkenaan tetap menerima bayaran RM1 juta sama ada YPNM berjaya atau gagal menjual plat tersebut. Bermakna JPJ, rakyat dan negara tidak mengalami sebarang kerugian seperti yang didakwa.


Dakwaan 4:
YPNM berkait dengan kroni UMNO.

Fakta:
Brigadier Jeneral Dato’ Husainay Bin Hashim (B) memegang jawatan Pengerusi YPNM berdasarkan latar belakang beliau yang berkhidmat selama 33 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Idea penubuhan YPNM tercetus selepas insiden Lahad Datu dimana beliau bimbang dengan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia kerana perbezaan ideologi politik. Beliau bukanlah kroni UMNO, perlantikan sebagai Setiausaha Kerja UMNO dari tahun 2004 hingga 2008 atas pelawaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. YPNM ditubuhkan bermatlamat untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ahli Jawatan Kuasa dan sukarelawan YPNM terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan kaum.


Dakwaan 5:
YPNM mewakili JPJ untuk melelong plat PATRIOT.

Fakta:
Dakwaan YPNM mewakili JPJ untuk “melelong” plat PATRIOT adalah tidak benar. Sebaliknya YPNM diberi kelulusan menjual plat PATRIOT 1 sehingga PATRIOT 9999 di mana terpulang kepada YPNM untuk melaksanakan kaedah penjualan yang dirasakan sesuai.


Soalan:
Siapakah yang menguruskan hasil penjualan plat PATRIOT dan bagaimana ia dibelanjakan?

Jawapan:
Semua pendapatan yang bakal diperolehi hasil penjualan plat PATRIOT disalurkan ke akaun amanah milik YPNM untuk membiayai setiap aktiviti dan program bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melibatkan semua lapisan masyarakat dari seluruh negara.

Bagi maklumat lanjut program yang dirancang oleh YPNM boleh dirujuk di laman website rasmi Patriot.

Sebagai sebuah yayasan, YPNM bersikap terbuka di mana kami mengalu-alukan sebarang cadangan, kritikan, dan teguran namun ianya harus berasas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sekretariat YPNM di talian: 019-4475555

Monday 1 June 2015

KENAPA PAS MASIH JADI KELDAI PAKATAN?

PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng

DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengambil keputusan menarik diri pada pemilihan parti itu, Khamis ini.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dapat menghalang perkara tersebut berlaku jika itu yang dimahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau Abdul Hadi mahu bawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang, beliau boleh berbuat demikian. Kami tidak bimbang.

“Jika kita terpaksa berjuang sendirian, maka kita akan lakukannya. Kita boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya seperti yang dipetik dalam sebuah portal hari ini.

Menurut Guan Eng, selain terdapat kemungkinan menarik diri daripada pakatan pembangkang, pemilihan Pas nanti akan turut menyaksikan berlakunya perpecahan dalam parti itu sendiri.

Beliau bagaimanapun mengaku dan menyedari bahawa terdapat sebahagian pemimpin Pas yang masih mahu bekerjasama dengan DAP dan terus ingin kekal dalam pakatan pembangkang.

MUKTAMAR PAS KE-61 : PERTANDINGAN SENGIT DUA PENJURU JAWATAN TERTINGGI PARTI PAS

Menjelang Muktamar PAS ke 61 yang akan berlangsung beberapa hari lagi sangat signifikan kepada parti itu dengan pertandingan dua penjuru jawatan tertinggi parti.

Kesinambungan gerakan menyingkirkan Hadi Awang pada pemilihan yang lalu, kini menuju puncaknya.

Melihat kepada jadual Muktamar kali ini, pemilihan parti merupakan agenda ketiga dari enam agenda yang bakal dibentangkan. Pemilihan jawatan dalam parti bakal berlangsung pada hari Khamis, 4 Jun 2015 jam 3.45 petang. Ia dijalankan mengikut susunan hierarki parti, proses pengundian dilakukan secara berperingkat.

Sejurus selepas tamat tempoh pengundian, muktamar akan ditangguhkan dan disambung pada esok hari. Keputusan pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan hanya akan diumumkan pada keesokan pagi, jam 8.45.

Persoalannya, mengapa perlu diumumkan sehingga keesokan harinya? Mengapa tidak diselesaikan dan diumumkan keputusannya pada hari yang sama, seperti yang menjadi amalan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)?


Tidak berniat untuk bersangka buruk, namun peti undi yang dibiarkan semalaman waima kononnya diletakkan dibilik yang dikawal oleh Unit Amal PAS atau seumpamanya terdedah kepada sebarang bentuk sabotaj dan manipulasi. Sesiapa pun yang ditugaskan untuk menjaganya, mereka juga tertakluk kepada arahan parti, maka apa pun boleh berlaku. Tidak siapa yang pernah terduga, PAS sendiri yang menentang perlaksanaan Hudud, kan?

Itu belum diambilkira dari segi pengiraan undi. Apakah PAS bersedia membuat kiraan undi secara terbuka di hadapan calon-calon yang bertanding agar ianya telus dan mengelakkan kontroversi seperti yang melanda pada pemilihan parti yang lalu?

Agak aneh kita melihat sikap PAS, yang secara terangan turun ke jalanraya dalam dakwaannya untuk mendapatkan pilihanraya yang adil, tetapi tidak mencerminkan apa yang dituntutnya terhadap SPR.

Berbicara tentang ketelusan dan akauntabiliti, mampukah PAS menyediakan standard yang sama untuk pemilihannya kali ini? PAS jangan lupa, betapa pemilihan yang lalu dipenuhi dengan pelbagai kontroversi akibat kelemahan perlaksanaan proses pemilihan.

PKR terkenal dengan gengsterisme sewaktu pemilihan parti, sehingga ada peti undi yang dibawa lari untuk menukar keputusan undian. DAP pula masih gagal menyelesaikan pemilihan CEC dan kiri Lim Guan Eng hanyalah berstatus Setiausaha Agung parti yang belum disahkan.

SPR sudah memiliki prosedur pengundian dan pemilihan yang mantap. UMNO juga telah melalui proses pemilihan yang hampir serupa, dan keputusan dikira sebaik sahaja pengundian selesai bagi menjamin ketelusan proses pemilihan.

PAS pula sudah berpuluh tahun menghadapi pilihanraya, mengapa takut untuk bersikap telus dalam pemilihan parti sendiri? PAS harus mengambil peluang ini membuktikan bahawa mereka lebih telus dan professional dalam mengurus pemilihan jawatan dalaman parti berbanding sekutu-sekutu mereka.

Dalam muktamar kali ini, proses pengundian akan dibuat pada hari Khamis, sementara keputusan pada hari Jumaat. Mungkin SPR perlu merombak sistem pengundian di negara ini lantas mengikut sistem yang lebih “Islamik” dan digunapakai oleh Parti Islam Se Malaysia ini.

PAS : PRESIDEN VS PRESIDEN BARU

Mohd Khairuddin
31 MEI : “PAS tidak memerlukan presiden baru tapi team (pasukan) baru yang bersama presiden untuk terus mencapai kemenangan politik berhadapan dengan Umno. Team yang tidak seiringan dengan Presiden melambatkan perjalanan”.

Tegasan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menambah bahawa PAS memerlukan barisan ‘pasukan’ yang baharu untuk berdiri di belakang Presiden, Datuk seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Khairuddin, PAS memerlukan ‘pasukan’ baru yang bukan sahaja berdiri utuh di belakang presiden setiap masa, malah bersama-sama membawa inspirasi PAS.

“Bukan membawa inspirasi parti lain,” katanya mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyatakan parti itu memerlukan Presiden dan barisan kepimpinan baru bagi memastikan ia terus bersama Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara, Sabtu malam.

“PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

“Dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

“Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu,” kata Nizar di forum berkenaan.
Mohd Zuhdi Marzuki


Muktamar PAS pada 4, 5 dan 6 Jun ini akan menyaksikan Hadi, setelah hampir 13 tahun mengekalkan jawatan tanpa dicabar bakal ditentang bekas Naib Presiden, Ahmad Awang, calon pro-DAP bagi menggantikan Hadi agar PAS tunduk seiringan hala tuju pakatan pembangkang.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zudi Marzuki sebelum ini mendakwa DAP berkempen untuk menyingkirkan pemimpin tertentu PAS yang dianggap penghalang kepada beberapa agenda pembangkang.

“DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan PAS yang berani berkata ‘tidak’ atau ‘no’ kepada DAP.

“Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan PAS yang tegas seperti ini, DAP melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden PAS yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan DAP dalam mesyuarat Pakatan Rakyat,” kata Zuhdi.

MAZLAN ALIMAN DIPERINTAH BAYAR SAMAN

Mazlan Aliman
Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman

Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam kes saman terhadap media perdana, bergentanyanganlah segala macam kata pujian dari kalangan ‘keyboard warrior’ pro PR mengangkat darjat hakim dan mahkamah.

Hari ini lain pula yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan yang mencuit jiwa raga penyokong PR apabila mengarahkan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membayar saman malu RM350,00000 kepada FELDA.

Bila diarahkan bayar saman maksudnya Mazlan yang juga Pengerusi NGO Anak itu telah diputuskan bersalah kerana telah memfitnah FELDA melalui penerbitan buku bertajuk “FELDA… Dulu tolong Sekarang Ah Long”.

Lebih malang bagi Mazlan apabila diarahkan juga membayar kos guaman yang berjumlah RM150,000.00 menjadikan angka keseluruhan yang menghempap kepala AJK PAS Pusat itu berjumlah RM450,000.00.


Sakan penyokong PR meroyan menuduh mahkamah berat sebelah, bias dan bermacam tuduhan liar dilemparkan. Sebab apa? Sebab keputusan tak memihak pada pemimpin mereka. Sebelum ini banyak kes saman memihak pada pimpinan mereka, melayang-layang seronok mereka angkat mahkamah.

Kenalah terima hakikat, ada kalanya menang ada tikanya kalah, kalau asyik nak menang saja semua kes di mahkamah, itu maknanya ada something wrong.

Pun begitu RM450 ribu bukan kecil anak angkanya. Mana Mazlan nak gagau duit sebanyak itu? Hasil jualan buku fitnah itu pun langsung tak mencecah angka RM450 ribu. Haru dibuatnya, hasil dari buku fitnah cuma secuit, bahana yang menghempap kepala besar gedabak.

Sanggupkah PAS mengorek tabung menebus maruah Mazlan Aliman dengan tolong membayar saman tersebut? Rakan seperjuangan tengah sesak kepala takkan tak terlintas nak tolong. Hulur-hulurlah tabung milo kutip derma dari penyokong marhaen. Macam tak biasa, tak gitu?

Apa pun, dengar katanya kes saman ini hanyalah secebis dari beberapa saman fitnah yang Mazlan Aliman hadapi. Ini semua gara-gara terlampau sakan sangat menabur fitnah tanpa mempedulikan fakta dan hakikat.

Jadi nak salahkan FELDA yang menyaman tentulah tidak patut. FELDA berhak mempertahankan maruah mereka, dan Mazlan atau siapa sahaja yang melakukan fitnah kenalah menanggung akibatnya.

.

Catatan lain