Lain-lain

Thursday 16 May 2013

Anwar Terdesak...Tidak mustahil Malaysia akan jadi seperti Iraq



Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Bukan demi demokrasi akan tetapi demi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar akan lakukan apa saja dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar memohon bantuan Amerika supaya apa yang berlaku di Iraq turut dilakukan oleh Amerika keatas negara kita Malaysia.

Jika "Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq", apakah Anwar juga sedang menunggu Amerika melancarkan perang keatas Malaysia ? Selagimana Anwar bebas meroyan selagi itulah negara tidak akan aman bahkan kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku...Anda Mampu Mengubahnya.

Sumber : http://gelombangkick.blogspot.com/2013/05/video-anwar-terdesak-jemput-amerika.html 
(video)

1 comment:

  1. Obama tu abang tiri Bang Nuaq ker????Apa pasal hal-ehwal negara si Durjana nie nak seret Malaysia supaya diadili oleh Negara kuasa besaq.Dia nak initiate Asian spring pulak ker???Moralnya,jangan bagi muka pengkhianat bangsa atau mana spesis camni baik dari PKR,DAP atau Pas.Jika ia mengancam keselamatan Negara kita,jelkan saja bangsat2 nie.Dah terlalu lama kerajaan berlembut.Jangan sampai ketahap mereka besaq kepala dan nak menggulingkan kerajaanyg sedia ada.Bang Najib,jangan duduk bodoh,do something bro!!!!

    ReplyDelete

.

Catatan lain