Lain-lain

Wednesday 25 June 2014

TANAMAN CENDAWAN BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN @IsmailSabri60 #DSIS



Sebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi di mana tumpuan peningkatan aktiviti huluan dan hiliran akan diberi keutamaan bagi tujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Kerajaan amat prihatin terhadap tahap pengeluaran hasil pertanian negara pada masa ini. Kerajaan juga serius untuk menjadikan negara sebagai pengeluar makanan yang dapat menampung keperluan sendiri dan eksport. Berdasarkan statistik tahun 2011, negara mengimport bahan makanan bernilai RM34.4 billion dan mengeksport bahan makanan bernilai RM20.5 billion. Akibatnya negara menghadapi defisit imbangan perdagangan sebanyak RM13.9 billion. Hal ini bukan sahaja merugikan negara dari segi pertukaran wang asing, malahan boleh menjejaskan sekuriti makanan negara.

Adalah difahamkan bahawa industri cendawan mempunyai prospek yang cerah di mana pengeluaran cendawan dalam negara hanya 16% sahaja manakala bagi memenuhi keperluan sebenar cendawan dalam negara sebanyak 84% lagi adalah diimport dari luar negara. Justeru itu, komoditi cendawan mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk diceburi oleh golongan belia/muda yang berminat menjadi usahawan muda cendawan berdasarkan permintaan terhadap cendawan yang semakin meningkat di pasaran tempatan sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk serta penggunaan per kapita yang semakin meningkat (anggaran 2.4 kilogram/orang pada tahun 2020).


Oleh itu, industri cendawan negara perlu diberi nafas baru bagi tujuan pembangunan yang lebih mampan, cepat dan pesat. Kejayaan industri cendawan amat bergantung kepada usaha R&D yang dijalankan secara berterusan bagi menghasilkan benih tisu kultur yang berkualiti dengan banyak di samping penggunaan mekanisasi & automasi. Pengeluaran cendawan mengikut jenis pula perlu diberi fokus kepada jenis yang berkualiti dan berhasil tinggi. Antara jenis-jenis yang mendapat perhatian pengusaha tempatan di Malaysia seperti Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera/Black Jelly, Shitake, Butang Putih & Perang dan Ganoderma.

1 comment:

  1. titanium dab nail by Tinkler | TITNA Art
    Tinkler's nail art is titanium uses a nail art titanium apple watch band technique rocket league titanium white octane that aims to achieve a positive value by creating high quality nail art designs and $19.00 · ‎In titanium mens wedding band stock best titanium flat iron

    ReplyDelete

.

Catatan lain