Lain-lain

Lain-lain

KONFLIK SYRIA PETANDA AKHIR ZAMAN
Petikan Sinar Harian 22 Oktober 2013


KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).


Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.


Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.


Kemerdekaan ; Rahmat Dan Rezeki Dari Allah
Oleh: Nor Asmahan binti Abdul Kadir, Panel Penulis Jakim
Tatkala mengimbau kembali catatan di lembaran sejarah, betapa perit dan deritanya pejuang-pejuang bangsa sama ada di zaman Tok Janggut, Ibahim Limbong dan Dol Said (sekadar menyebut beberapa nama) dalam keinginan untuk membebaskan bangsa dan tanah kita dari dijajah orang asing. Hinggalah ke saat-saat akhir detik kemerdekaan dicapai, betapa sang cerdik pandai bekerjasama memerah otak dan tenaga untuk mendapatkan kemerdekaan yang bermakna. Generasi masa itu melihat, mendengar, merasa dan berjuang dengan jiwa raga mereka. Apakah sama dengan pemikiran dan perasaan generasi anak merdeka tentang kemerdekaan yang telah sedia ada?

Kemerdekaan negara adalah rahmat dan rezeki dari Allah SWT. 50 tahun adalah usia yang cukup mematangkan anak-anak merdeka menimba ilmu, mencari harta, membina masyarakat dan
membangunkan negara. Tidak sia-sia usaha pemimpin dan rakyat jelata dahulu berganding bahu berusaha mencari jalan bagaimana untuk membebaskan Tanah Melayu ini dari genggaman orang luar setelah sekian lama mereka bertukar tangan di bawah penjajahan. Dari bentuk-bentuk 
agresif hinggalah ke bentuk perundingan berhemah. Proses yang bersungguh-sungguh itu membuahkan hasil dan dengan izin Allah SWT kemerdekaan itu milik kita, lebih dahulu dari negara lain yang turut sama dijajah oleh bangsa Eropah yang lain. Maka rasa kesyukuran dan kehambaan perlulah kita panjatkan kepada-Nya. Kerana Dialah yang berkuasa di atas segala-galanya.
 
Pengalaman Malaysia yang bermasyarakat majmuk dalam membentuk perpaduan sepatutnya menjadi satu kebanggaan yang bukan untuk dimegahkan tetapi dijaga agar perpaduan itu bukan menjadi api dalam sekam. Sebagai anak merdeka kita perlu sentiasa berusaha dan bermohon agar kemerdekaan itu kekal milik kita walaupun kita tahu musuh sentiasa mengintai peluang untuk mencampuri urusan hidup kita dan mengkucarkacirkan kedamaian yang kita kecapi. Terlalu banyak contoh-contoh peristiwa yang boleh menggugatkan perpaduan di negara kita dari peristiwa 13 Mei 1969, pergaduhan di Kampung Medan, Artikel 11 dan banyak lagi perkara yang tidak boleh disebut secara terang-terangan takut menjadi satu provokasi yang boleh mengundang ketidakpuasan hati antara kaum di negara ini. Dan ia akan mencetuskan polemik yang boleh menggugat perpaduan atau mencetuskan persengketaan. Dan secara tidak langsung, prinsip rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan sebagai sandaran agar hati semua pihak terjaga untuk terus mengawasi kedamaian dan ketenangan yang wujud pada hari ini agar tidak terjadi gempa yang melambungkan tsunami yang memakan korban.
Apa yang perlu kita ambil berat ialah bagaimana untuk mengekalkan kemerdekaan. Gelaran dan hakikat kemerdekaan ini perlulah diusahakan untuk terus dipelihara dan dipulihara. Bukan sekadar slogan melambangkan kegembiraan dan kemeriahan tetapi menghayatinya; bukan juga sekadar mengejar peluang memasuki peraduan-peraduan dan pertandingan-pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan , tetapi apakah makna kita sebagai anak merdeka? Apakah sumbangan kita untuk menggambarkan kesyukuran terhadap sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia? Ketika ini kita melihat suasana aman adalah milik kita, kita melihat betapa murahnya rezeki berbentuk sumber makanan, industri kecil, sederhana dan perniagaan yang besar-besar dapat diusahakan dengan jayanya. Tanpa ditimpa penyakit berjangkit yang kronik, tanpa ada hujan banjir, ribut taufan atau kemarau kontang yang berpanjangan seperti kita lihat di kaca televisyen dan lembaran-lembaran akhbar. Betapa sengasaranya mereka ditimpa bencana sedemikian rupa. Tetapi ingatlah, bahawasanya Allah tidak menurunkan bala bencana dan cubaan itu sia-sia. Dan ia merupakan hasil kerosakan yang mereka lakukan sendiri seperti kufur nikmat, tidak bersyukur, tidak menunaikan hak fakir miskin dan anak yatim serta sesiapa yang memerlukan hajat dan meninggalkan ketaatan kepada Allah pencipta segala makhluk. Kita juga perlu diperingatkan agar mengambil iktibar dari kisah kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan Allah, seperti firman Allah Hud : 100-101
”Demikian itulah riwayat (penduduk) beberapa negeri. Kami menceritakan kepada engkau; di antara mereka ada yang masih berdiri dan ada yang telah binasa. Kami tiada menganiayai mereka, tetapi mereka yang menganiayai diri mereka sendiri, maka tiada bermanfaat bagi mereka sedikit pun, tuhan-tuhan yang mereka sembah selain dari Allah, tatkala datang siksaan Tuhanmu. Mereka tiada mendapat tambahan selain dari kebinasaan.” 


Kita menyebut dan membincangkan perkara-perkara yang menakutkan dan menggerunkan ini supaya kita berfikir secara realistik dan tidak berangan-angan terlalu jauh sampai kita tidak mahu mendengar atau menyebut kemungkinan yang buruk. Sedangkan perkara-perkara yang kita anggap kecil atau terpencil mungkin menjadi barah yang akhirnya apabila kita sedar ianya sudah kronik dan tidak dapat dirawat lagi. Dan mungkin perkara-perkara itulah yang menyebabkan kita kehilangan harga dan nilai sebuah kemerdekaan. Kalau kita tidak mahu memikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan cukuplah kita mengambil iktibar dengan masa yang lalu, menganalisa sebab-musabab keruntuhan tamadun, kehancuran empayar dan kejatuhan kerajaan-kerajaan masa lampau. Apa yang kita perhatikan kejatuhan, keruntuhan dan kebinasaan disebabkan oleh beberapa perkara dan kebiasaannya disebabkan oleh perebutan kuasa sesama sendiri, mereka yang menjadi gunting dalam lipatan, anak bangsa yang sudah lupa dengan jati diri dan nilai tatasusila agama serta budaya murni dan sebagainya walaupun negara dalam kemewahan dan kegemilangan. Maka kita takut sejarah seperti itu berulang kembali, ’takut Melaka jatuh ke tangan Portugis sekali lagi’, ’takut Tanah Segenting Kera diserahkan kepada Siam buat kali keduanya’ dan ’takut negeri-negeri Selat diberi kepada British ke sekian kalinya’. Walaupun orang menyatakan hidup ibarat roda sekali di atas sekali di bawah, yang bernyawa pasti mati, tetapi janganlah kita menjadi roda yang terlalu cepat haus permukaannya atau menjadi kulit yang berkedut sebelum tua usianya.

Kesatuan dan perpaduan serta persaudaraan amat-amat penting. Perbezaan dan percanggahan pendapat pasti berlaku tetapi jangan sampai berlaku pertelingkahan dan pergaduhan yang boleh menyebabkan musuh gembira , malah menanti-nanti bilakah mereka boleh menyorongkan jarum berapi. Syeikh Rashid Redha ada menyatakan ” Bekerjasamalah dalam perkara yang disepakati dan bertolak ansurlah dalam perkara yang berselisih” Ungkapan itu perlulah di ambil iktibar. Dan firman Allah yang mengatakan ” Orang mukmin itu bersaudara ” jangan sama sekali kita ketepikan dan mewujudkan budaya engkau-engkau dan aku-aku yang boleh mengundang kelemahan ikatan perpaduan di antara masyarakat. Apatah lagi jika sikap egois dan individualistik itu bakal mengundang perpecahan kerana Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Anfal: 46 yang bermaksud ”Dan janganlah kamu bertelagah, maka kamu akan menemui kegagalan dan akan hilanglah kehebatanmu”.

Makna kemerdekaan di dalam fahaman Islam ialah memberi fokus terhadap kemerdekaan dalam menghayati akidah tauhid yang memberi pautan tentang hubungan manusia dengan Penciptanya dan hubungan manusia dengan manusia yang lain. Kita juga perlu menyemai, memupuk agar diri masyarakat Malaysia merupakan rakyat berjiwa merdeka seperti yang digarapkan dalam prinsip ke tiga pendekatan Islam Hadhari. Berfikir dan bertindak hanya dengan berpandukan wahyu dan dustur Ilahi sama ada haknya terhadap Tuhan dan haknya terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tidak terbatas dan bergantung kepada manusia lain, harta dan kedudukan. Dan masyarakat bukan Islam juga dengan amalan agama masing-masing yang tetap mempercayai tuhan mereka, lalu dapat menjalankan hak-hak dan nilai murni yang selari dengan ajaran agama mereka.

Kesimpulannya, apa yang kita bicarakan di sini adalah untuk kita menyedari bahawa kemerdekaan itu adalah anugerah, rezeki, rahmat dan nikmat dari Allah. Yang wajib kita syukuri, sekaligus berusaha menghargai dan menilai sejarah lalu menjadikannya tauladan dan sempadan agar kemerdekaan itu mampu dikekalkan selama mungkin sama ada secara hakikat atau rohnya, fizikal atau spritualnya, tanahnya atau jatidiri bangsanya.



MANA MENGHILANG?
 Selepas keputusan PRU13 diumumkan, selepas reda sedikit kejutan Tsunami Cina, apakah yang dilakukan oleh Anwar ?

Anwar meroyan keliling negara meraung, menagih simpati rakyat, melalak tanpa segan silu menonjolkan dirinya sebagai pemenang yang dinafikan kemenangan. Anwar menuduh SPR telah bertindak TIDAK ADIL secara BERPILIH dengan memilih kerusi2 tertentu bagi menafikan kemenangan PR.

Sebab itu dakwa Anwar, ditempat2 yang SPR berlaku adil, PR menang sementara ditempat2 yang SPR bertindak tidak adil, PR kalah. Jadi Anwar mahu rakyat bangkit bagi membetulkan keadaan. SPR kena bertanggungjawab keatas kerusi2 yang PR kalah kerana bukti keadilan adalah kemenangan PR !

Maka mengembaralah Anwar keliling diseluruh negara
Apa cerita Tun Mahathir ? Lama tak nampak muka Tun.


Tun Mahathir juga mengembara tapi bukan memperjuangkan masalah kempunan peribadi.... Tun sibuk memenuhi undangan pemimpin2 luarnegara dalam mempromosikan Malaysia dan memperjuangkan maruah dan survival umat Islam seluruhnya !
Kisah Seorang sahabat dari Mesir telah berkongsikan muka hadapan akhbar Mesir baru-baru ini, di mana mereka telah mengatakan bahawa rakyat Mesir mengimpikan tiga orang pemimpin ini untuk menjadi pemimpin mereka. Cuba teka siapa mereka?

Salah seorangnya ialah Tun Dr Mahathir Mohammad.




TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD ORG YANG PALING DIBENCI??

YA ITULAH HAKIKATNYA ATAU KENYATAAN YANG DR M ADALAH ORANG PALING DI BENCI TAPI DIBENCI DENGAN SIAPA??DIA DIBENCI OLEH ORG2 YAHUDI LAKNATUALLAH ITU..TUN M ADALAH ORANG NO 3 YANG PALING DIBENCI OLEH YAHUDI TETAPI ANWAR IBRAHIM??ANWAR IBRAHIM ADALAH BERADA DI SEBALIKNYA ORANG NO 3 PALING DISAYANGI OLEH YAHUDI..INI TERBUKTI SEKALI..KALAU PEMBACA SEMUA INGINKAN BUKTI YANG ANWAR ADLAH ORG PALING DISAYANGI ISRAEL ANDA BOLEH LIHAT POS SAYA YANG SEBELUM INI..TUN M ADALAH ORANG YANG PALING LANTANG DAN BERANI BERSUARA MENENTANG YAHUDI DEMI MENEGAKKAN KEADILAN..TAHUKAH ANDA SIAPA SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM INI??TAHUKAH ANDA LATAR BELAKAR ANWAR IBRAHIM INI??JIKA JAWAPAN ANDA TIDAK..SILA BUAT RESEARCH TENTANG FREEMASON DAN JUGA ANWAR..ANDA AKAN MENJUMPAI SESUATU BUKTI YANG AKN MENGEJUTKAN ANDA SENDIRI DAN MUNGKIN ADA YANG TIDAK TERKEJUT LANGSUNG KERANA MEREKA MEMANG SUDAH MENYANGKA DRI MULA LAGI..TAHUKAH ANDA HIDDEN HAND DI MALAYSIA DIKEPALAKAN OLEH SIAPA??RAKYAT BIJAK MENILAINYA..TAHUKAH ANDA SIAPA SEBENARNYA DISEBALIK TIAP2 DEMONSTRASI DI MALAYSIA??TAHUKAH ANDA SIAPA YANG MENAJA PERHIMPUNAN BERIH 2.0??MEREKE(YANG MENYERTAI DEMONSTRASI) BERSIH ADALAH SEBUAH PERHIMPUNAN AMAN YANG INGIN MENUNTUT KEADILAN DAN SAKSAMA DI DALAM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA..DAN MEREKA JUGA KATA YANG TAHAP KEBERSIHAN PILIHAN RAYA TIDAK BEGITU MEMUASKAN..ITU SBB BERSIH DITUBUHKAN BAGI MENUNTUT SEGALA HAK YANG DINYATAKAN DIATAS..DISINI SAYA INGIN MENERANGKAN SEGALA RANCANGAN JAHAT YAHUDI..

1.MELALUI REVOLUSI
2.MELALUI DEMONSTRASI
3GANGGUAN  POLITIK
4.RUSUHAN

No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain