Lain-lain

Tuesday 16 April 2013

T dan K/R



“T” ertinya "tukar kerajaan PAS Kelantan kepada Barisan Nasional.Di negeri majoriti Melayu Kelantan, perbezaan politik boleh dilihat melalui huruf “T” dan “K” dilekatkan di belakang berpuluh ribu kereta.

“T” ertinya “Tukar”, yang juga bermaksud perubahan. Penyokong Umno di Kelantan menggunakan huruf ini untuk mendesak perubahan kepada kerajaan negeri yang dipimpin PAS semenjak 1990.

Penyokong PAS merespon dengan pelekat “K” yang bermaksud “Kekal”, satu ekspresi atau harapan agar kerajaan negeri masih dipimpin oleh parti Pakatan Rakyat (PR).



Pergerakkan “T” dan “K/R”.

Pergerakkan “R” ditaja oleh PAS dan sebahagian daripada perlawanan kerajaan negeri terhadap Putrajaya untuk royalti minyak yang kerajaan PAS Kelantan dakwa sebagai milik negeri. ‘T’ itu tukar. Tukar kerajaan, tukar kepimpinan PAS,” kata Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Beliau menerangkan huruf “T” juga dipilih untuk mewakili isu terbesar di Kelantan iaitu “tanah”, dan ianya sebahagian daripada agenda transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Angka kereta dengan pelekat “T” Umno dilihat semakin meningkat beberapa bulan kebelakangan ini.

Pelekat empat segi dengan huruf besar “T” diatasnya bentuk negeri tersebut yang diwarnakan dengan merah untuk merujuk kepada kempen Gelombang Merah dilancarkan oleh Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Febuari 2011.

Pelekat "R" pula telah diberi secara percuma jika dahulunya untuk dijual untuk mengaut keuntungan, tetatpi semakin hari semakin berkurang oleh kerana rakyat sudah dapat menilai bahawa tuntutan royalti tidak berasas dan Jawatankuasa Tuntutan Pemberian Wang telah ditubuhkan.


No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain