Lain-lain

Monday 31 March 2014

#MH370 SURAT DARI VICTOR LOPEZ UNTUK HISHAMUDDIN

KUALA LUMPUR: Di sebalik kritikan tidak membina termasuk daripada media antarabangsa terhadap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menguruskan perkembangan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat MH370 milik Malaysia Airlines sejak 8 Mac lalu, Hishamuddin mendapat penghargaan daripada seorang kanak-kanak berusia 15 tahun dari Paris.

Victor Lopez, penulis surat cilik bertarikh 8 Mac itu menyatakan penghargaan, "Kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Saya berusia 15 tahun dan amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat ini untuk menyatakan kekaguman terhadap personaliti dan setiap tindakan yang anda ambil.

"Saya akan sangat gembira jika menerima autograf pada satu kad kecil yang dikirimkan kepada anda. Saya amat berterima kasih," kata surat bertulis tangan itu.

Hishamuddin yang terharu dengan surat tersebut telah membalas menggunakan surat rasmi Kementerian Pertahanan dengan menyatakan, "Terima kasih kerana menulis jauh dari Paris. Ingatan dan kata-kata dari orang seperti anda memberi kekuatan untuk saya terus mengetuai pencarian MH370.

"Terima kasih sekali lagi dan carilah masa untuk melawat Malaysia Truly Asia jika berkesempatan.

Mungkin tidak berpuas hati dengan surat bertaip tersebut, Hishammuddin kemudian menambah dengan tulisan tangan menyatakan bahawa surat tersebut memberikan semangat kepadanya dan beliau mahu meletakkannya di akaun Twitternya @HishammuddinH20.

Gaya Hishammuddin mengguruskan krisis dan bencana penerbangan tersebut dari pusat media di Hotel Sama-Sama berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak hari pertama insiden sehingga ke perpindahan pusat media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menampung kira-kira 48 media tempatan dan lebih 100 media luar negara sememangnya boleh dipuji.

Malah di sebalik wajah sedih dan sayu Hishammuddin setiap kali muncul di kaca televisyen dan muka hadapan surat khabar menampakkan sosok profesionalisme dan kredibiliti beliau sebagai seorang menteri yang cekap mengurus krisis di peringkat  antarabangsa. Belajar rajin-rajin".

SUMBER

No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain