
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Nga di Taipingsiang tadi.
“Saya meminta beliau (Nga) membuat permohonan maaf dan menarik kenyataan itu. Nga juga perlu menerbitkan permohonan maaf itu di dalam dua akhbar sama ada akhbar berbahasa Melayu atau Inggeris, namun dalam dua akhbar tempatan”.
“Pelanggan saya (Najib) memberikan beliau 48 jam untuk membuat surat permohonan maaf dan menarik gambar serta komen itu sepenuhnya,” kata Hafarizam.

Hanya kemudian didedahkan bahawa gambar itu bukan dari mesyuarat kabinet sebaliknya sewaktu kunjungan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.
“Beliau (Nga) juga perlu menawarkan saguhati sepadan…. terpulang kepada beliau untuk membuat tawaran dan beliau juga perlu menahan dari menerbitkan isu sama lagi, jika gagal, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau,” tambah Hafarizam.
No comments:
Post a Comment