Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini Jumaat. Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu. Ali berkata beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Katanya penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972. Selain itu, katanya satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk. “Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud…sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam,” katanya. - BERNAMA
Syor COLA seragam RM350

“NUTP mengharapkan keputusan kajian itu dapat diumumkan dalam kadar segera. Sebaiknya sebelum berlangsungnya PRU-13, 20 peratus daripada lebih 80 jenis elaun penjawat awam sudah dikaji dan ditambah baik untuk dimanfaatkan kepada penjawat awam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Datuk Dr Ali Hamsa, semalam mengenai lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji secara terperinci, termasuk elaun sara hidup dan gaji statik bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya.
Beliau, yang juga Naib Presiden (Pendidikan) CUEPACS berkata, antara 20 peratus daripada yang patut diberi keutamaan kajian, termasuk Elaun Sara Hidup (COLA) dan jadual gaji penjawat awam.
“COLA sepatutnya diseragamkan, sama ada kepada mereka yang bekerja di bandar atau luar bandar. Sekarang, ada yang mendapat RM300, RM250 dan RM150. Ada yang mengatakan perbezaan itu perlu kerana kos hidup di bandar lebih tinggi, manakala di luar bandar lebih rendah. “Kos sara hidup di luar bandar juga tinggi, tetapi membabitkan aspek lain. COLA sepatutnya diseragamkan kepada RM350 bagi semua penjawat awam,” katanya. - BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment