KUALA LUMPUR, 9 Jan - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presidennya Azih Muda berkata berdasarkan analisis CUEPACS, kos sara hidup yang meningkat antara lapan dan 10 peratus sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar, memandangkan kenaikan gaji sektor awam hanya sekitar dua hingga 2.5 peratus.
Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah, katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat kepada warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini.
Beliau berkata CUEPACS juga menggesa kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.
Pada 2011, CUEPACS mencadangkan kepada kerajaan agar memperkenalkan gaji minimum RM900 untuk membantu kelompok kumpulan pelaksana seperti pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu yang menerima gaji asas bawah RM700 sebulan.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kun...
-
Kenyataan Khairul Azwan Harun calon Naib Ketua Pemuda UMNO sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-50. Azwanbro menyeru agar bangsa Melayu pe...
-
Mohd Khairuddin 31 MEI : “PAS tidak memerlukan presiden baru tapi team (pasukan) baru yang bersama presiden untuk terus mencapai kemenan...
-
P emberian RM500.00 setiap seorang kepada peserta yang memiliki tanah getah kurang dari 6.1ekar/satu pemilik di seluruh Negeri Kelantan yang...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
Skuad Kembara TUKAR - #SKT2013 Berikut adalah jadual program SKUAD KEMBARA TUKAR - SKT2013 yang bermula pada 22hb Februari 2013 (Jumaa...
-
M enjelang Muktamar PAS ke 61 yang akan berlangsung beberapa hari lagi sangat signifikan kepada parti itu dengan pertandingan dua penjur...
-
S etiap perkara buruk mesti ada dalangnya, tapi kita tidak tahu siapa.Bangsa Melayu dan Cina sekarang seolah-olah sudah berperang.Banyak...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting...
-
Kekeliruan dan kontroversi plat PATRIOT berpunca selepas manipulasi fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia menjadi lebih para...


No comments:
Post a Comment