
Tujuan BR1M adalah untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang semakin meningkatkan perbelanjaan isi rumah serta merancakkan ekonomi domestik bagi mengurangkan impak persekitaran ekonomi dunia.sama juga jika wang tersebut dibelanjakan untuk menanggung subsidi, tetapi sekarang digantikan kepada bayaran tunai kepada rakyat malah lebih dari itu.


Sebelum ini Selangor merupakan merupakan negeri penerima BR1M tertinggi iaitu hampir 13% daripada keseluruhan jumlah penerima manakala Kelantan merupakan negeri penerima BR1M terbanyak dari segi peratusan isi rumah negara iaitu 84% daripada keseluruhan isi rumah.Fakta ini sekali gus membuktikan kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir dan menguruskan negeri Selangor dan Kelantan.
Kejayaan program BR1M adalah hasil kekuatan ekonomi dan kemampuan urustadbir ekonomi negara dengan baik dan cekap oleh Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa memastikan penggunaan hasil dan perbelanjaan hasil secara berhemah dan dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik
Idea Pemimpin Hebat hanya dari Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment