Sunday 2 June 2013
Jasa Mu dikenang TSAM.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa bersedia melepaskan jawatannya untuk menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai anggota Parlimen Ketereh.
Beliau berkata sebagai wakil rakyat, masa dan komitmen harus diperuntukkan sepenuhnya bagi melaksanakan tanggungjawab serta amanah rakyat.
"Kita tahu bola (sepak) hanya kerja NGO dan ia hanya komitmen saya kepada aktiviti belia. Sekiranya kita sudah ada orang yang boleh menyambung apa yang saya lakukan, saya fikir baik saya pertimbangkan supaya urusan bola (sepak) dapat diganti dengan orang
lain," katanya.
Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad, TS Annuar menewaskan calon PKR Ab Aziz Ab Kadir dengan majoriti 974 undi.
Annuar memperoleh 26,912 undi manakala Ab Aziz mendapat 25,938 undi.
Annuar berkata pengurusan Kafa di bawah TheRedWarriors.com adalah sebagai persiapan untuk menjadikan bola sepak Kelantan lebih profesional berbanding dahulu.
Beliau turut memberi jaminan untuk terus membantu meningkatkan mutu bola sepak Kelantan meskipun tidak memegang jawatan presiden bagi memastikan kekuatan The Red Warriors diteruskan tahun depan. -Bernama
Banyak suka duka yang ditempuh TSAM bagi memartabatkan bola sepak Kelantan, Tabik Spring!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
P emberian RM500.00 setiap seorang kepada peserta yang memiliki tanah getah kurang dari 6.1ekar/satu pemilik di seluruh Negeri Kelantan yang...
-
K alau dulu negara Australia telah memberikan ketetapan bahawa semua lembu yang di import dari negara tersebut tidak boleh disembelih dinega...
-
RISDA dengan ini bersetuju melaksanakan pemberian Bantuan Khas sebanyak RM500 secara one-off kepada semua penoreh bukan pemilik yang laya...
-
Ketua jentera pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Rompin menyeru jentera parti supaya menggunakan kebijaksanaan dan ...
-
Kuala Lumpur, 21 April Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran tidak mempedulikan laporan polis yang dibuat ke atasnya ol...
-
Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Dat...
-
M enteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata nelayan perlu membuat anjakan sikap secara drastik untuk ...
-
Introductory statement Diplomatic, logistical and technical efforts continue in the search for MH370. As we intensify the search and...
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
No comments:
Post a Comment