Lain-lain

Sunday 18 August 2013

BUKA PELUANG UNTUK ANAK ORANG ASLI BERKHIDMAT DI SEKTOR AWAM - KSN

Gambar hiasan

Kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) di kalangan Orang Asli yang berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata terdapat aduan daripada kalangan pemimpin Orang Asli yang memaklumkan anak-anak mereka tidak memperoleh pekerjaan dalam sektor awam meskipun sudah menamatkan pengajian di universiti tempatan.

"Kalau ada anak-anak Orang Asli yang sudah memperolehi ijazah dan sebagainya melalui IPT, kita akan berusaha untuk memberikan mereka jawatan dalam perkhidmatan awam jika mereka mahu kerja dalam perkhidmatan awam. "Kalau mereka mohon kita akan beri pertimbangan yang sebaiknya kepada pelajar-pelajar IPTA daripada masyarakat Orang Asli," katanya.


Terdahulu dalam ucapannya Ali menyeru masyarakat Orang Asli supaya mementingkan pendidikan dan menuntut perubahan sikap dengan menguasai ilmu.Menurutnya hanya melalui pendidikan akan menjadi jalan keluar bagi sesebuah masyarakat untuk hidup berdikari tanpa bergantung kepada mana-mana pihak."Sekiranya ada anak-anak Orang Asli yang berpotensi untuk maju dalam bidang pelajaran, kerajaan bersedia memberikan biasiswa supaya mereka boleh melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau luar negara," katanya.

Sementara itu Ali berharap kewujudan pelbagai prasarana fizikal dalam negara perlu digunakan sebaik mungkin oleh rakyat terutama di kalangan Orang Asli supaya dapat memperbaiki kehidupan sedia ada.Katanya mereka juga perlu berusaha menerima dasar-dasar kerajaan bagi memastikan dapat sentiasa hidup dalam negara yang stabil dan makmur.


-BERNAMA-

No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain