Lain-lain

Tuesday 11 March 2014

iBR1M MASIH BOLEH DITUNTUT/RAYUAN – Ahmad Maslan #BR1M #ibr1m

Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menjelaskan bahawa tuntutan insuran Bantuan Rakyat 1Malaysia (iBR1M) adalah bagi kematian dan kemalangan cacat kekal bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014.

Justeru tambah beliau lagi mereka yang terbabit akan menerima tuntutan sebanyak RM30 ribu dan kematian yang bukan disebabkan kemalangan akan menerima RM1,000.

“Tuntutan ini bermula 1 Januari 2014 walaupun pelancaran iBR1M ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah pada 22 Februari 2014. Yang dapat ialah penerima BR1M seisi rumah sahaja. Penerima BR1M bujang tidak dapat.

“Borang-borang tuntutan iBR1M ini boleh didapati di laman web Persatuan Takaful Malaysia, www.malaysiantakaful.com.my, di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri di www.hasil.gov.my atau berhubung dengan pejabat LHDN di seluruh Malaysia,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Jelas beliau lagi  borang tuntutan iBR1M yang lengkap diisi akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima pengendali takaful.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai iBR1M ini, boleh hubungi hotline 03-27162716 atau email i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

Dalam perkemangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa tempoh penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ini ialah bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mulai 22  Februari 2014 bagi yang telah member maklumat akaun bank manakala bagi yang tidak mengemukakan akaun bank, pembayaran akan dibuat secara berperingkat melalui majlis pengagihan BR1M yang bermula 23 Februari 2014.

“Ada juga yang bertanya, mengapa ada yang masih belum menerima BR1M mereka. Jadi , bukan 23 Februari tu semua orang akan dapat,  ini yang saya nak maklumkan.

“Seramai hampir enam juta penerima BR1M telah selesai. Jumlah penerima BR1M ini sebenarnya antara 7.9 juta, kemungkinan sehingga 8.1 juta orang penerima.  Jadi, yang dah selesai ialah enam  juta penerima, ada lebih dua juta lagi yang sedang diproses, kita harap dalam bulan Mac semuanya akan selesai” ujarnya lagi. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain