Monday, 2 December 2013
SIKAP PAS PUNCA UKE KELUAR PAS
Panggilan Babi, Anjing & Barua…. Ustaz Kazim Isytihar Keluar Pas
Pendakwah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini mengumumkan keputusan keluar daripada Pas kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.
Beliau berkata fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.
Lebih mengecewakannya ialah beliau anggota Pas tetapi diserang berterusan dengan panggilan tidak sesuai seperti binatang dan munafik selain ada pimpinan parti itu mengatakan beliau umpama kambing yang dimakan serigala, agamawan celaru serta menjadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO.
“Kalau mereka mengatakan saya masih Pas, atau selepas kenyataan ini mereka mengatakan saya telah dipecat, tidak kiralah sama ada saya masih anggota Pas atau telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan saya keluar daripada Pas dan tidak menyokong apa yang telah dibuat fitnah dan kata-kata nista terhadap seorang yang cuba menegakkan Islam melalui bidang dakwah.
“Saya masih sayang kepada Pas yang dahulu yang dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Noor, yang betul-betul memperjuangkan konsep yang sebenarnya tapi saya kecewa dengan Pas sekarang yang apabila dinasihat, ditegur dikatakan barua dan anjing UMNO sedangkan saya adalah anggota Pas dan tidak pernah daftar sebagai anggota UMNO,” katanya.
Ustaz Kazim ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini berhubung pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menegaskan keputusan beliau untuk keluar daripada Pas tiada kaitan dengan pertemuan dengan perdana menteri hari ini, sebaliknya memaklumkan bahawa beliau sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah terhadap beliau yang turut menjejaskan anggota keluarga yang lain.
“Bertahun-tahun saya sabar dengan finah yang dilemparkan oleh sahabat-sahabat tapi pada dua tiga hari ini, saya rasa kesabaran saya telah sampai kemuncak. Ada yang panggil sebagai babi, anjing, barua. Saya ada mak dan ayah walaupun dah meninggal, kalau masih hidup, macam mana perasaan ibu saya yang anaknya dipanggil babi.
“Adakah ini perjuangan Pas yang cuba memartabatkan Islam dan menyatupadukan Islam tapi kerjanya memfitnah mengata yang bukan-bukan terhadap saya sedangkan mengatakan saya masih ahli mereka. Kemudian ada pula kenyataan, Ustaz dipecat lepas tu memang ada usul tapi belum ada surat pemecatan.
“Jadi bagaimana keadaan begini, hendak mengurus seorang ahli pun dah timbul masalah besar bagaimana nak uruskan sebuah negara,” katanya.
Sementara itu, menjelaskan status pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ustaz Kazim berkata beliau menyerahkan semuanya kepada perdana menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan perkara berkenaan.
“Saya berbesar hati tetapi saya serahkan kepada PM untuk buat pengumuman rasmi. Saya rasa beliau lebih berhak untuk buat pengumuman,” katanya.
Ustaz Kazim berkata selepas pertemuan hari ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Najib khususnya mengenai peranan yang boleh beliau laksanakan sebagai anggota Majlis Tertinggi.
“Apabila Datuk Seri terangkan kepada saya bagaimana orang agama boleh memainkan peranan dalam UMNO dan agensi lain, saya rasa itu bentuk yang baik dan pihak luar perlu pandang baik, orang jemput kita sebab nak dengar nasihat.
“Penerangan yang diberikan puas hati dan yakin apa yang rakyat perlukan dan saya pun suarakan apa yang rakyat biasa inginkan, dan Datuk Seri dengar dengan sangat terbuka dan ada dua tiga benda yang saya lihat terkesan di hati Datuk Seri, dan saya yakin akan ada perubahan selepas ini,” katanya.
Pada 29 November lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 Majlis Tertinggi tambahan yang diputuskan presiden UMNO mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
-
Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Dat...
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
K etua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam p...
-
A mat menyedihkan bila Islam jadi pengecut dan sanggup menurut apa sahaja kehendak pemimpin mereka. Jika Ya... maka ya lah, Jika tidak... ...
-
“Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja...
-
“T” ertinya "tukar kerajaan PAS Kelantan kepada Barisan Nasional.Di negeri majoriti Melayu Kelantan, perbezaan politik boleh di...
-
KEKAL atau TUKAR ? jika betul kita kekal, jika salah kita tukar. Apapun diucapkan tahniah kepada Wokil Rakyat PAS yan telah berjaya men...
-
DOWNLOAD : UCAPAN BAJET TAHUN 2014 Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
-
P aparan ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk kesedaran kita semua.Aktiviti pelacuran di Negeri Pemerintahan ulama (kata...


No comments:
Post a Comment