KOTA BHARU: Manifesto tambahan pilihan
raya Barisan Nasional (BN) khas untuk Kelantan mencetus harapan untuk rakyat di
negeri itu memiliki rumah sendiri dan soal kebajikan diberi keutamaan sekiranya
BN menguasai pemerintahan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Janji BN untuk menyediakan 3,000 unit
rumah mampu milik dan pengagihan tanah kepada anak-anak tempatan sudah nyata
melegakan ramai penduduk yang sekian lama dibelenggu kemiskinan.
Intipati dalam manifesto itu dapat
mengubah kehidupan rakyat Kelantan jika mereka memberi mandat kepada kerajaan
BN pada PRU13, kata Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Memberi respons kepada manifesto
bertemakan 'Rakyat Dihati Jani Ditepati', beliau berkata, BN Kelantan mempunyai
kemampuan dan keupayaan untuk menunaikan segala aku janji dalam manifesto itu.
“Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan
PAS tidak mampu untuk menunaikan janji mereka dan terhutang kepada rakyat dalam
tempoh yang panjang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran manifesto
itu oleh Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini, hari ini.
"Kerajaan Pusat sudah tentu akan
menyokong penuh usaha kerajaan baharu di Kelantan ini dan tiada sebab untuk
rakyat Kelantan menolak BN dalam PRU13 ini," katanya.
Bagi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu,
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, intipati aku janji tambahan itu mencerminkan
keprihatinan kepimpinan BN Kelantan terhadap rakyat dengan menjuruskan kepada
dasar kepentingan yang spesifik.
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor
Zahidi Omar, berkata aku janji itu adalah yang terbaik untuk dinikmati rakyat
Kelantan yang mampu menzahirkan negeri itu menjadi sebuah negeri termaju.
Katanya, perancangan yang dilakukan
untuk merangka aku janji itu dibuat dengan begitu teliti yang mengambil kira
pandangan rakyat berbilang kaum dan agama.
Sementara itu, Pengerusi MIC Kelantan,
M Kuppusamy berkata, aku janji itu adalah terbaik dan dinanti-nantikan oleh
rakyat negeri ini.
"Aku janji ini satu bentuk
pembelaan untuk rakyat yang teraniaya seperti yang terbabit dengan ladang
rakyat, tidak mampu miliki rumah dan sebagainya," katanya.
"Lebih 20 tahun PAS memerintah
Kelantan, namun tiada sebarang bentuk pembangunan dapat dicapai dalam tempoh
tersebut," katanya.
Ketua MCA Bahagian Kota Bharu, Tan Ken
Ten berkata, aku janji itu membabitkan semua golongan tanpa mengabaikan
mana-mana kaum atau bangsa.
"Manifesto ini adil dan saya
percaya semua rakyat akan mendapat manfaat daripada aku janji ini sekiranya BN
diberi mandat oleh rakyat," katanya.
Sumber - BERNAMA
rzcrew.blogspot.com
Sumber - BERNAMA
rzcrew.blogspot.com
No comments:
Post a Comment