TUMPAT : Bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dalam misi mempertahankan kerusi itu sejak tiga penggal lalu.
Ketika mengumumkan perkara itu sebentar tadi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan keyakinan bahawa Mat Razi adalah calon terbaik diketengahkan BN berdasarkan pengalaman dan kredibiliti beliau dalam bidang politik.
Bekas guru, Mat Razi Mat Ail
Muhyiddin membuat pengumuman itu di hadapan ribuan penyokong BN di pekarangan Pusat Khidmat ADUN Pengkalan Kubor, di sini.
Turut hadir pada majlis pengumuman itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Seri Norainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung UMMO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad serta barisan pimpinan UMNO, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Mohd Rosdi Ab Aziz dan BN pusat dan negeri. Mustapa dilantik sebagai Pengarah PRK itu.
Ads by SenseAd Options
Mat Razi kini adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan anak jati kawasan itu.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat atau Ustaz Mat kini adalah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1999 dan Persuratan Melayu dari Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim pada 1988.
Bapa kepada enam anak ini mula bergiat aktif dalam politik semenjak 1990 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan smpangan. Pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda bahagian pada 2005 dan AJK bahagian sejak 2009.
Beliau juga adalah pengasas sebuah sekolah pondok di tanah wakaf sendiri di Kampung Simpangan dengan pengambilan pelajar setiap hujung tahun sekitar 50 orang. Pengajian pelajar di pondok berkenaan adalah percuma.
Ketika menuntut di Maktab, beliau pernah menjadi johan pertandingan Tilawah Al-Quran dalam seni taranum.
PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, pada 20 Ogos lalu, akibat kanser hati.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mei tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan dengan majoriti 1,736 undi selepas memperoleh undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi).
Terdahulu, Muhyiddin serta pemimpin BN lain sempat mengadakan ziarah ke rumah balu Allahyarham Noor Zahidi di rumah balu Allahyarham di No 858, Kampung Surau Pasir Pekan,di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pasda 25 September.
Berdadarkan daftar pemilih terkini SPR, kawasan DUN berkenaan mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH).
Ia merangkumi 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 atau 23.89 peratus.
-Sumber BH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
-
MAJLIS SEPETANG HIMPUNAN ANAK-ANAK MUDA BERSAMA0 Y.A.B TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD. YASSIN. TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSI...
-
Gambar hiasan K erajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) di kalangan Orang ...
-
K etua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam p...
-
A mat menyedihkan bila Islam jadi pengecut dan sanggup menurut apa sahaja kehendak pemimpin mereka. Jika Ya... maka ya lah, Jika tidak... ...
-
J elajah TUKAR ( SKT2013 2.0), sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekit...
-
“Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja...
-
KEKAL atau TUKAR ? jika betul kita kekal, jika salah kita tukar. Apapun diucapkan tahniah kepada Wokil Rakyat PAS yan telah berjaya men...
-
DOWNLOAD : UCAPAN BAJET TAHUN 2014 Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
-
Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Dat...


No comments:
Post a Comment