Lain-lain

Wednesday 14 August 2013

BONUS KAKITANGAN AWAM MELEBIHI SEBULAN SETENGAH GAJI?


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Beliau berkata, cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Sebelum ini Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menyarankan agar kerajaan memberi bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam. Dalam saranan itu, CUEPACS mencadangkan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.Namun kakitangan kerajaan menikmati pemberian khas RM500.00 setiap seorang penjawat awam sebelum Aidilfitri 2013.

Keratan Akhbar 18 Jun 2013
Apapun perbentangan bajet sebelum ini pun sudah banyak memberi manfaat kepada masyarakat dari semua kategori.Kita tunggu bajet 2014 pada Oktober 2013 ini.Semoga lebih mendatangkan manfaat dan kesejahteraan pada semua rakyat.

No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain