Saturday, 19 October 2013
3 SERANGKAI KEKAL TERAJUI UMNO
Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi,
1) Ahmad Zahid memperoleh 185
2) Mohd. Shafie mendapat 174
3) Hishammuddin, 100 undi.
Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi.
Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.
Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, gandingan beliau, Shafie dan Hishammuddin diyakini akan membantu memperkasakan institusi UMNO dalam usaha memastikan parti itu terus relevan khususnya di kalangan generasi muda.
"Ini penting memandangkan terdapat 6.5 juta pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun sudah berumur 60-an, tapi pemikiran, cita rasa dan gerak kerja akan tetap mengambil kira pola pemikiran golongan muda," katanya. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
K etua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam p...
-
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja memainkan isu sensitif dan berbaur hasutan yang boleh menimbulkan kekacau...
-
PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengam...
-
B ajet 2014 mengambil kira kebajikan penjawat awam yang berpendapatan sederhana dan rendah.Secara keseluruhan inti pati bajet kali ini yan...
-
Berikut ialah Jemputan Media ke majlis sempena Promo Konsert Destini hari ini. Dengan berbesar hati anda boleh menggunakan maklumat ini untu...
-
JAWAPAN MEREKA TERHADAP KONSERT NI BILA DAH KENA KAT MUKA SENDIRI. JAWAPAN DARI PENGERUSI LAJNAH KEBUDAYAAN & KESENIAN Ada ahli PAS ...
-
P emberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) RM1,200.00 untuk setiap isi rumah dan RM600.00 untuk bujang pada tahun hadapan(2014) yang a...
-
TUMPAT : Bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nege...
-
L ebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabaha...


No comments:
Post a Comment