Dewan Negara Perak menyuarakan teguran keras terhadap cara berpakaian yang tidak menghormati etika berpakaian penuh istiadat oleh sebahagian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) semasa perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 pada 31 Mac lepas.
Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim berkata, teguran itu merupakan satu daripada tiga ketetapan yang diputuskan pada mesyuarat dewan ke-163 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam.
“Ahli-Ahli Dewan Negara mengingatkan bahawa di negeri Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan telah berkenan setiap tahun menetapkan dua acara yang dikategorikan istimewa dan dimuliakan sebagai hari penuh istiadat yang dirujuk sebagai ‘Hari Kalung’.
“Pertama, istiadat sambutan ulang tahun keputeraan Raja Pemerintah yang istiadatnya dilangsungkan dalam Balairung Seri Istana Iskandariah dan kedua, istiadat perasmian persidangan DUN yang dilangsungkan dalam ruang Dewan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata perkenan itu membuktikan bahawa Sultan Perak mengiktiraf, sekali gus menganugerahkan darjah kemuliaan kepada institusi rakyat yang dilambangkan oleh DUN.
Ayop berkata, Dewan Negara Perak menegaskan perbuatan sebahagian ADUN itu bukan sahaja bersifat melanggar adat malah mencerminkan sikap tidak beradab mereka terhadap dewan, sekali gus terhadap Ketua Negeri iaitu Raja Pemerintah yang berangkat mencemar duli untuk memberikan kemuliaan dan pengiktirafan kepada dewan berkenaan.
“Ahli-Ahli Dewan Negara menetapkan pendirian dan menyembahkan cadangan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan agar di masa hadapan supaya bersifat tegas terhadap pihak-pihak yang memilih tidak mematuhi adab dan tidak menghormati adat di dalam sesuatu majlis.
“Ketetapan Dewan Negara ini akan disampaikan secara rasmi kepada pihak berkuasa pentadbiran negeri,” katanya.
Ayop berkata, pada persidangan itu, Dewan Negara juga menyembahkan ucapan tahniah kepada Sultan Nazrin atas jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon yang memohon perkenan baginda untuk mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Tertinggi Kewangan Kemanusiaan menerusi surat bertarikh 30 Mac lepas.
Kesemua ahli Dewan Negara menyifatkan jemputan tersebut bukan sekadar pengiktirafan tertinggi kepada Sultan Nazrin tetapi juga penghormatan kepada rakyat dan negeri Perak dan kepada negara secara keseluruhannya, katanya.
Beliau berkata, selain itu, Dewan Perak mengambil maklum titah perkenan Sultan Nazrin melantik bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin sebagai ahli bukan rasmi dewan berkenaan, yang berkuat kuasa 17 April ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
TUMPAT : Bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nege...
-
Introductory statement Diplomatic, logistical and technical efforts continue in the search for MH370. As we intensify the search and...
-
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja memainkan isu sensitif dan berbaur hasutan yang boleh menimbulkan kekacau...
-
PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengam...
-
K EMBARA TUKAR sentuhan terakhir bermula pada 23.04.2013 sehingga 4.5.2013 akan berada diseluruh kawasan Negeri Kelantan.Program kemuncak...
-
HIMPUNAN PERDANA ANOK-ANOK KELATE DI PERANTAUAN 2013 17 FEBRUARI 2013 DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (PER...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
Ahmad Maslan T imbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menjelaskan bahawa tuntutan insuran Bantuan Rakyat 1Malaysia (iBR1M...



No comments:
Post a Comment