Lain-lain

Sunday, 12 April 2015

GST: Apabila Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS berbohong

Fakta yang digunakan Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung cukai GST dan berlaku ketirisan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion bukan sahaja tidak betul malah satu pembohongan. Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, ketika jadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tidak pernah ada laporan Ketua Audit Negara menyebut angka itu sebagai ketirisan kerajaan. “Soal ketirisan perbelanjaan, sebagai contoh (oleh Mohd Khairuddin) sama sekali tak betul malah suatu pembohongan.”. “Saya pernah menjadi Pengerusi dan berurusan dgn Ketua Audit Negara berasaskan Laporan Tahunan Negara. Tidak ada mana-mana laporan tahunan ketua audit pernah menyebut angka RM28 billion sebagai jumlah ketirisan perbelanjaan kerajaan,” kata Ahli Parlimen Johor Bharu itu. Shahrir, kini Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC_ berkata, jika sampai sampai RM40 billion seperti dikatakan Mohd Khairuddin, ianya rekaan dan pembohongan semata-mata.
Menurut Shahrir, hutang kerajaan dihadkan kpd 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar atau GDP dan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak, jadi Perdana Menteri, had ini telah dipatuhi.
“Bandingkan dengan angka 77 peratus semasa Tengku Razaleigh Hamzah dan 100 peratus ketika Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan,”.
“Tetapi setelah Dasar Penswastaan, kerajaan dan negara mampu melalui suasana itu. Apa pula dalam keadaan hutang kerajaan terhad kpd 55% KDNK,” ujarnya menjawab tohmahan tulisan Mohd Khairuddin “Himpunan Derita Rakyat; Kenapa Kita Menentang GST?.
Mohd Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat mendakwa. cukai GST tidak mengenal kaya dan miskin malah itu satu kezaliman justeru, ia bercanggah dengan Islam.
Dalam tulisan ketika mengajak orang ramai behimpunan menentang GST di padang Merbuk, Sabtu, beliau menuduh cukai GST dikenakan ketika kerajaan boros berbelanja dan berlaku ketirisan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Katanya, negara tidak bermasalah untuk memperolehi pendapatan tetapi bermasalah dalam membelanjakan pendapatan kerana boros dan tiris.

No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain