Ketua jentera pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Rompin menyeru jentera parti supaya menggunakan kebijaksanaan dan cara yang berhemah dalam memberi penerangan kepada pengundi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kepimpinan UMNO bahagian, komponen BN, ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua pusat daerah mengundi Parlimen Permatang Pauh.
“Kita nak menggerakkan jentera-jentera kita ini. Jangan kita tidak tahu ini adalah situasi perang. BN mesti menang. Sesuatu yang kita nak buru ialah musuh kita. Kita bukan memburu dengan peluru tetapi dengan kebijaksanaan. Bila bercakap mesti dengan teratur.
“Mereka (pengundi) akan kemukakan kepada kita berbagai-bagai soalan. Inilah masanya untuk kita memberi penerangan yang betul. Kita harus bersedia untuk memberi penerangan dan penjelasan yang boleh diterima. Setiap satu isu meletakkan satu tanda soal dalam pemikiran pengundi,” katanya.
Beliau berkata, jentera parti harus memainkan peranan memberi penerangan satu persatu dari rumah ke rumah agar pengundi mendapatkan penjelasan tepat berhubung sesuatu isu itu.
Muhyiddin berkata jentera parti juga perlu bergerak selangkah ke hadapan daripada pembangkang dalam menangani isu yang dibangkitkan.
“Jangan kita jadi ‘defensive’. Kita kena tembak dulu sebelum mereka (pembangkang) tembak. Seeloknya kita buat persiapan awal,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
Alias Ahmad 2 JUN 2015 : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan pemeriksaan besar-besar...
-
Kuala Lumpur, 21 April Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran tidak mempedulikan laporan polis yang dibuat ke atasnya ol...
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
-
Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?. ...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kun...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara secara percuma. Penerima MY...
-
Introductory statement Diplomatic, logistical and technical efforts continue in the search for MH370. As we intensify the search and...
-
Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Dat...
-
K alau dulu negara Australia telah memberikan ketetapan bahawa semua lembu yang di import dari negara tersebut tidak boleh disembelih dinega...
No comments:
Post a Comment