Alhamdulillah Gerakan TUKAR yang bertemakan TUKAR adalah
HIJRAH, TANAH adalah MARUAH sangat menepati keadaan dan kehendak majoriti
rakyat Kelantan.
Baru- baru ini TUKAR berjaya menganjurkan satu Siri Jelajah
yang dinamakan Kembara TUKAR dan sudah menjelajah ke seluruh Negeri Kelantan
melalui jalan-jalan utama. TUKAR berjaya kumpulkan 15000 anak muda bermotor
dalam keseluruhan siri tersebut.
Setelah Berjaya menganjurkan Kembara TUKAR, pihak
Sekreteriat Gerakan TUKAR memikirkan perlu diadakan sekali lagi siri jelajah
dengan tema dan pengisian yang lebih baik.
Jelajah TUKAR sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan
Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekitar jalan-jalan utama
dan tidak memfokuskan kepada laluan biasa yakni laluan PDM. Sehubungan dengan
itu untuk menambahkan lagi momentum TUKAR Kelantan ke seluruh Negeri pihak
TUKAR akan mengadakan satu lagi siri jelajah yang akan turun ke peringkat akar
umbi agar hasrat untuk mempertingkatkan momentum dan proses kesedaran untuk
TUKAR berterusan dan berjaya.
Sebanyak 541 siri solat Hajat TUKAR adalah HIJRAH akan di
adakan di seluruh 541 PDM yang akan dihadiri pengundi di PDM masing-masing.
Pihak TUKAR menjangkakan 54,000 rakyat seluruh negeri iaitu melebihi 100 orang
di setiap PDM akan bersama para Ustaz dan Ilmuan Agama untuk bersama solat
Hajat, bertahlil dan berdoa kepada Allah swt kearah Hijrah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment