Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional agar tidak menyalahgunakan kemudahan itu.
Titah baginda mereka juga perlu melunaskan pinjaman seperti yang ditetapkan agar kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh peminjam lain pada masa akan datang.
"Segala kemudahan yang disediakan agensi kerajaan bertujuan membantu usahawan, dan peluang yang ada harus diambil untuk usahakan perniagaan sebaik mungkin," titah baginda ketika ketika merasmikan Program Jelajah Informasi Usahawan anjuran kerajaan negeri Pahang peringkat daerah Raub di Dataran Taman Tasek Raub.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin.
Titah Tengku Abdullah sejak penubuhannya pada 1995, Tekun Nasional sudah mengeluarkan pinjaman lebih RM3 bilion kepada 280,000 usahawan di seluruh negara.
Di Pahang sahaja lebih 30,000 usahawan mendapat pinjaman membabitkan peruntukan RM205 juta dalam tempoh yang sama, titah baginda.
Baginda turut berharap jelajah usahawan yang diadakan itu dapat memberi panduan dan maklumat kepada usahawan dalam mendapatkan pinjaman serta bantuan untuk menjalankan perniagaan.
Hasil maklumat dan panduan itu, baginda berharap usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan dan peniaga yang maju dan berdaya saing akan tercapai.
Baginda turut menyarankan agar usahasama dijalankan antara Majlis Amanah Rakyat (Mara), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Tekun dalam mengenal pasti golongan asnaf yang berpotensi diberikan bantuan bagi memulakan perniagaan.
-BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
Ucapan dari saudara Kamarudin Kasim (Jogho Kelate) Pengerusi Gerakan TUKAR Negeri Kelantan,57 Faedah menanti rakyat kelantan jika rakyat me...
-
Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?. ...
-
K EMBARA TUKAR sentuhan terakhir bermula pada 23.04.2013 sehingga 4.5.2013 akan berada diseluruh kawasan Negeri Kelantan.Program kemuncak...
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
P embinaan Lebuhraya KB-Kuala Krai diteruskan - Mustapa KOTA BHARU: Kerja pembinaan Fasa 1B Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai sejauh tujuh...
-
Introductory statement Diplomatic, logistical and technical efforts continue in the search for MH370. As we intensify the search and...
-
TUMPAT : Bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nege...
-
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja memainkan isu sensitif dan berbaur hasutan yang boleh menimbulkan kekacau...
-
D ulu Kerajaan PAS Kelnlantan berharap wang rakyat tetapi sekarang rakyat sudah tidak perlu lagi ke? sampai nak minta dari sumber lain? wang...
-
K alau dulu negara Australia telah memberikan ketetapan bahawa semua lembu yang di import dari negara tersebut tidak boleh disembelih dinega...


No comments:
Post a Comment