Adakah ini mentaliti orang seorang berstatus YB? Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN PAS Batu Buruk dikatakan telah mengeluarkan 'berita palsu' daripada laman twitternya:
'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.
Menurut sumber, YB tersebut belum lagi meminta maaf walaupun tahu berita itu palsu dan mendapat kecaman ramai pihak. Apa maksud YB tersebut? Takkan disebabkan gila mahu ke Putrajaya punya pasal, sampai sanggup sebar berita palsu? Ish3..
Baca dibawah untuk lebih lanjut: http://malaysiagazette.com/nasional/adun-pas-bergurau-pesawat-terhempas-di-putrajaya#axzz2tXolirKl
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.
Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.
Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.
Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.
Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.
Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.
@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.
@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.
Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan.
Kredit - http://tenteramaya.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
TUMPAT : Bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nege...
-
Introductory statement Diplomatic, logistical and technical efforts continue in the search for MH370. As we intensify the search and...
-
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja memainkan isu sensitif dan berbaur hasutan yang boleh menimbulkan kekacau...
-
PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengam...
-
K EMBARA TUKAR sentuhan terakhir bermula pada 23.04.2013 sehingga 4.5.2013 akan berada diseluruh kawasan Negeri Kelantan.Program kemuncak...
-
HIMPUNAN PERDANA ANOK-ANOK KELATE DI PERANTAUAN 2013 17 FEBRUARI 2013 DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (PER...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
Ahmad Maslan T imbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menjelaskan bahawa tuntutan insuran Bantuan Rakyat 1Malaysia (iBR1M...


No comments:
Post a Comment