Monday, 1 June 2015

PAS : PRESIDEN VS PRESIDEN BARU

Mohd Khairuddin
31 MEI : “PAS tidak memerlukan presiden baru tapi team (pasukan) baru yang bersama presiden untuk terus mencapai kemenangan politik berhadapan dengan Umno. Team yang tidak seiringan dengan Presiden melambatkan perjalanan”.

Tegasan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menambah bahawa PAS memerlukan barisan ‘pasukan’ yang baharu untuk berdiri di belakang Presiden, Datuk seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Khairuddin, PAS memerlukan ‘pasukan’ baru yang bukan sahaja berdiri utuh di belakang presiden setiap masa, malah bersama-sama membawa inspirasi PAS.

“Bukan membawa inspirasi parti lain,” katanya mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyatakan parti itu memerlukan Presiden dan barisan kepimpinan baru bagi memastikan ia terus bersama Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara, Sabtu malam.

“PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

“Dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

“Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu,” kata Nizar di forum berkenaan.
Mohd Zuhdi Marzuki


Muktamar PAS pada 4, 5 dan 6 Jun ini akan menyaksikan Hadi, setelah hampir 13 tahun mengekalkan jawatan tanpa dicabar bakal ditentang bekas Naib Presiden, Ahmad Awang, calon pro-DAP bagi menggantikan Hadi agar PAS tunduk seiringan hala tuju pakatan pembangkang.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zudi Marzuki sebelum ini mendakwa DAP berkempen untuk menyingkirkan pemimpin tertentu PAS yang dianggap penghalang kepada beberapa agenda pembangkang.

“DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan PAS yang berani berkata ‘tidak’ atau ‘no’ kepada DAP.

“Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan PAS yang tegas seperti ini, DAP melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden PAS yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan DAP dalam mesyuarat Pakatan Rakyat,” kata Zuhdi.

Catatan lain