Apakah kita hanya berdiam diri atau terus menentang dengan kekerasan. Akal diberikan Allah tidak terhad untuk berfikir dan setiap dugaan diberikan oleh Allah SWT adalah dengan izinNya, setiap yang berlaku ada hikmahnya cuma cara penyelesaian kita dengan cara baik ataupun tidak.
Kita tidak sedar kemungkinan dalang ini juga adalah dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang bukannya rakyat Malaysia, tujuan mereka untuk menjatuhkan negara ini dengan cara menghasut dan menimbulkan kebencian antara kaum.Jika kita lihat balik selepas peristiwa 13 Mei, Malaysia kembali aman tetapi semasa musim PRU-13 banyak pula perkara buruk seperti ni berlaku dalam negara yang menyentuh isu perkauman.
Negara Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dijadikan icon/contoh terbaik di kebanyakan negara-negara lain, maka tidak mustahil agen-agen dari anti Islam (Yahudi) menyerang Melayu kerana majoriti Islam adalah bangsa Melayu,Kemungkinan juga ada pihak yang iri hati dengan kemajuan Malaysia yang boleh hidup maju sebumbung dengan bangsa-bangsa lain.
Perebutan dan kegilaan kuasa juga berlaku di Malaysia contohnya ehem...ehem...ehem...yang ingin menjadi Perdana Menteri ke-7.
Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa tiada masalah untuk berkongsi keamanan ini, sama kita bina semula.
MANTAP BLOG NI
ReplyDeleteHa ha ha...blog gu demo la tu...
Delete