MENJAWAB TUDUHAN PAS KONONNYA UMNO ZALIM MEROBOHKAN RUMAH RAKYAT TANPA NOTIS DI KG. LAY OUT, TOK SABOH, KUALA BESUT
Kontroversi di sebalik pembinaan Pangsapuri Kg. Lay Out, Tok Saboh kini terjawab. Pembangkang kembali menghangatkan cerita lama apabila YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan membina pangsapuri 5 tingkat di sana yang telah pun dirasmikan pada 13 Julai yang lalu.
Untuk meraih simpati rakyat khususnya pengundi DUN Kuala Besut, pembangkang menyingkap kembali kisah yang berlaku pada bulan Oktober 2012 ini dan menuduh 4 keluarga telah kehilangan tempat tinggal kerana dirobohkan oleh kerajaan negeri tanpa notis.
Hakikatnya, perobohan tersebut dibuat selepas beberapa kali notis diberi. Kewujudan penempatan sementara bermula ketika era pemerintahan PAS dari tahun 1999 sehingga tahun 2004. Ketika itu lot tanah dikatakan diagih kepada penyokong-penyokong PAS dan bukannya penduduk tempatan.
Menyedari tanah tersebut bukan milik mereka secara sah, segelintir penyokong PAS yang menerima tanah tersebut menjual tanah tersebut dengan harga yang murah tanpa mengikut prosedur yang dikenakan pihak berkuasa tempatan.
Cuma 4 buah rumah didirikan di tapak tersebut kerana yang lainnya tidak berani mendirian rumah di situ kerana mengetahui tanah tersebut bukan milik mereka yang sah. Cuma satu keluarga yang enggan berpindah kerana kedegilan mereka. Keluarga lain berpuas hati walaupun terpaksa berpindah kerana kerajaan telah membayar ganti rugi dan rumah baru untuk didiami secara percuma.
Notis perpindahan telah diberi sebanyak dua hingga tiga kali dalam masa setahun sebelum perobohan. Rumah baru yang disediakan kepada keluarga yang diminta berpindah jauh lebih baik dari rumah yang dirobohkan. MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Said ketika itu menjelaskan mereka boleh mendiami rumah baru itu secara percuma.
Pemilik asal tanah yang telah menjual tanah tersebut pasti menyesal kerana rumah yang digantikan kepada keluarga yang dirobohkan rumah di tapak terbabit kini mendiami rumah berharga hampir RM100,000 secara percuma.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
Introductory statement Diplomatic, logistical and technical efforts continue in the search for MH370. As we intensify the search and...
-
TUMPAT : Bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nege...
-
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja memainkan isu sensitif dan berbaur hasutan yang boleh menimbulkan kekacau...
-
PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengam...
-
K EMBARA TUKAR sentuhan terakhir bermula pada 23.04.2013 sehingga 4.5.2013 akan berada diseluruh kawasan Negeri Kelantan.Program kemuncak...
-
HIMPUNAN PERDANA ANOK-ANOK KELATE DI PERANTAUAN 2013 17 FEBRUARI 2013 DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (PER...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
Ahmad Maslan T imbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menjelaskan bahawa tuntutan insuran Bantuan Rakyat 1Malaysia (iBR1M...


No comments:
Post a Comment