Orang Kelantan unik cara berpolitiknya. Cara mereka memilih pemimpin tidak sama dengan rakyat negeri lain memilih pemimpin.
Kadang2 kita tertanya kenapa seorang calon yang kerjanya menjual dan “tokey” ikan boleh menang pilihanraya. Lagi pelik seorang imam surau (SPM)boleh menewaskan seorang pengamal undang2 dalam PRU.
Bila kita kaji…dan kaji, rupanya rakyat Kelantan majoritinya tidak memilih pangkat,kerjaya atau kaya miskin seseorang calon.
Rakyat Kelantan akan memilih calon mana yang boleh datang sambut kelahiran anaknya, pemimpin mana yang boleh kepalai tahlil, pemimpin mana yang datang bertanya khabar anak bini saudara mara, pemimpin mana yang no1 hadir jika berlaku kematian. Pemimpin yang disebut diatas adalah pemimpin yang berjaya “BELI JIWA” rakyat.
Ya,rakyat Kelantan tersohor dengan sifat “demand”nya. Akan tetapi demand akan runtuh bila JIWANYA BERJAYA DIBELI.
“Ambo supo adik kakok jah,ada kederat pun sama dengan adik kakok .. akan tetapi kalau ambo dipilih oleh adik kakok.. mako kederat ni akan jadi hak adik kakok… jiwo ni akan jadi jiwo adik kakok… hati ini akan jadi hati adik kakok.. kalau ada anok beranok hak sakit demey..jangan ingat àdik kakok jah demey..ambo pun turut akan rasa demam tu….” begitu ayat yang akan membuatkan rakyat Kelantan “aloh” dengan pemimpin.
Kita lihat bagaimana YB Dato Pa tetap menjadi pilihan rakyat Sehingga hari ni. Kita melihat bagaimana YB Datuk Nozula ADUN Paloh kekal dipilih sampai sekarang. Kita lihat bagaimana Ust Mad Yaacob kekal dipilih di Pasir Pekan.
Semuanya kerana rakyat terasa bahawa jiwa mereka berada pada jiwa pemimpin.
Jadi bermula dari sekarang..kepada mereka yang bakal dan terasa diri mereka akan bertanding. Mulai sekarang belajarlah bagaimana nak BELI JIWA rakyat.
#Kelantan Berhijrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
U mat Islam dan Melayu di seluruh negara 14 Februari 2014 (Jumaat) menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap penerbitan video 'Oneder...
-
T elah 2 tahun kita menyambut Kemerdekaan serentak pada bulan yang sama dengan hari raya Aidilfitri, tapi mood raya lebih hebat berbanding...
-
B erita baik untuk Pemilik dan Pengusaha RUMAH TAMU untuk mengiklankan rumah tamu anda di musim perayaan ini, untuk pendaftaran sila hubung...
-
B ila orang yang tidak layak berani bersuara.Siapa dia ni??.Dulu kisah G.W.Bush kena baling dengan kasut, semua menyokong cakap betul...
-
25 MAC 2013 Kampung Beris Tengah, Sambutan luar biasa di DUN Tegar PAS pada malam sempena ceramah perdana TUKAR. Kehadiran rakyat s...
-
S ebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture...
-
B ajet 2014 mengambil kira kebajikan penjawat awam yang berpendapatan sederhana dan rendah.Secara keseluruhan inti pati bajet kali ini yan...
-
08.05.2013 Pejabat MB Kelantan bergegar lagi apabila 100 orang berkumpul membantah pemecatan jawatan Exco yang disandang oleh Husam Musa ...
-
Berikut ialah Jemputan Media ke majlis sempena Promo Konsert Destini hari ini. Dengan berbesar hati anda boleh menggunakan maklumat ini untu...
-
Alhamdulillah Gerakan TUKAR yang bertemakan TUKAR adalah HIJRAH, TANAH adalah MARUAH sangat menepati keadaan dan kehendak majoriti ...


No comments:
Post a Comment