Acara gilang-gemilang ini yang merupakan salah satu dari usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam mempromosikan MAHA 2014 yang akan berlangsung si MAEPS Serdang pada hujung tahun ini. Program ini turut menerima sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat Melaka sendiri apabila ribuan penduduk sekitar bandar Melaka dan penduduk Melaka dari kawasan berhampiran turun membanjiri perkarangan MITC Air Keroh, Melaka.
Menteri Pertanian mensasarkan seramai 5 juta pengunjung dengan jualan sebanyak 20 juta dalam MAHA 2014 berbanding kira-kira lebih 3.3 juta pengunjung yang telah menghadiri ke MAHA 2013 serta bakal melibatkan urusniaga sebanyak 10 juta dalam karnival MAHA 2012. Mini MAHA ini adalah program utk mempamerkan produk pertanian dalam kawasan atau negeri Melaka.

No comments:
Post a Comment