BANDAR SERI BEGAWAN Bajet 2014 bakal memberi penumpuan kepada usaha pengukuhan ekonomi domestik bagi memastikan negara berdaya tahan dalam menghadapi keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) sedang dipantau rapi bagi mempersiapkan negara menghadapi sebarang kemungkinan.
"Bajet 2014 akan memberi penumpuan kepada usaha mewujudkan sebuah asas ekonomi berdaya tahan, dengan kadar pertumbuhan yang munasabah."Ini bagi memastikan negara sentiasa bersedia berdepan apa juga keadaan berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak begitu memberangsangkan," katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23, di sini sebentar tadi.
Beliau juga berharap langkah segera dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) dalam memulihkan ekonomi mereka, sekali gus mengelak berlaku krisis kewangan yang boleh menjejaskan ekonomi global.
Ditanya mengenai permohonan dua bulan bonus untuk penjawat awam oleh CUEPACS, Najib berkata perkara itu sedang dipertimbangkan, namun bergantung kepada prestasi kewangan semasa kerajaan.
"Tunggulah selepas Bajet (2014) nanti... biarlah saya teliti akaun kerajaan dulu. Tumpuan kita sekarang mahu memperkukuhkan ekonomi domestik," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara secara percuma. Penerima MY...
-
Kuala Lumpur, 21 April Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran tidak mempedulikan laporan polis yang dibuat ke atasnya ol...
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
I su PTPTN agak tenggelam beberapa bulan ni, tapi timbul balik...haaa...kalau dah hutang wajib dibayar walau tak dituntut.Soal bayaran boleh...
-
Alias Ahmad 2 JUN 2015 : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan pemeriksaan besar-besar...
-
Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?. ...
-
Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Dat...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kun...
-
RISDA dengan ini bersetuju melaksanakan pemberian Bantuan Khas sebanyak RM500 secara one-off kepada semua penoreh bukan pemilik yang laya...
No comments:
Post a Comment