Datuk HS telah ditangkap oleh Polis Cawangan Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang untuk Laporan tangkapan, beliau ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai telah mengeluarkan kenyataan sesat yang berbaur hasutan.

Waran tangkap ke atas beliau telah dikeluarkan oleh IPD Cawangan Kota Bharu pada 20hb. Jun, 2013.Sementara itu penganjur himpunan blackout turut mengesahkan menerima laporan penahanan.Husam dalam satu kiriman SMS kepada portal pembangkang berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu fatwa syahidnya sebagaimana yang disiarkan Harakahdaily. http://gelombangkick.blogspot.com/2013/06/video-husam-fatwa-mati-syahid-di.html

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".
Artikel -gelombangkick-
No comments:
Post a Comment