Menurut Shahrir, hutang kerajaan dihadkan kpd 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar atau GDP dan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak, jadi Perdana Menteri, had ini telah dipatuhi.“Bandingkan dengan angka 77 peratus semasa Tengku Razaleigh Hamzah dan 100 peratus ketika Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan,”.
“Tetapi setelah Dasar Penswastaan, kerajaan dan negara mampu melalui suasana itu. Apa pula dalam keadaan hutang kerajaan terhad kpd 55% KDNK,” ujarnya menjawab tohmahan tulisan Mohd Khairuddin “Himpunan Derita Rakyat; Kenapa Kita Menentang GST?.
Mohd Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat mendakwa. cukai GST tidak mengenal kaya dan miskin malah itu satu kezaliman justeru, ia bercanggah dengan Islam.
Dalam tulisan ketika mengajak orang ramai behimpunan menentang GST di padang Merbuk, Sabtu, beliau menuduh cukai GST dikenakan ketika kerajaan boros berbelanja dan berlaku ketirisan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Katanya, negara tidak bermasalah untuk memperolehi pendapatan tetapi bermasalah dalam membelanjakan pendapatan kerana boros dan tiris.

No comments:
Post a Comment