PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng
DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengambil keputusan menarik diri pada pemilihan parti itu, Khamis ini.
Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dapat menghalang perkara tersebut berlaku jika itu yang dimahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kalau Abdul Hadi mahu bawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang, beliau boleh berbuat demikian. Kami tidak bimbang.
“Jika kita terpaksa berjuang sendirian, maka kita akan lakukannya. Kita boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya seperti yang dipetik dalam sebuah portal hari ini.
Menurut Guan Eng, selain terdapat kemungkinan menarik diri daripada pakatan pembangkang, pemilihan Pas nanti akan turut menyaksikan berlakunya perpecahan dalam parti itu sendiri.
Beliau bagaimanapun mengaku dan menyedari bahawa terdapat sebahagian pemimpin Pas yang masih mahu bekerjasama dengan DAP dan terus ingin kekal dalam pakatan pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
P emberian RM500.00 setiap seorang kepada peserta yang memiliki tanah getah kurang dari 6.1ekar/satu pemilik di seluruh Negeri Kelantan yang...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
P residen Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada harapan untuk lebih 1....
-
Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada ...
-
"Saya menyangkal pendapat ahli PAS yang menuduh Agenda #Kelantan Berhijrah ini adalah gerakan gulingkan kerajaan PAS Kelantan." ...
-
Sambutan Dikir TUKAR dan tayangan video kezaliman PAS di Bachok. Insyallah esok siri Kembara TUKaR 2.0 akan berada di Kota Bharu dengan pe...
-
Berikut ialah Jemputan Media ke majlis sempena Promo Konsert Destini hari ini. Dengan berbesar hati anda boleh menggunakan maklumat ini untu...
-
U mat Islam dan Melayu di seluruh negara 14 Februari 2014 (Jumaat) menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap penerbitan video 'Oneder...
-
Kekeliruan dan kontroversi plat PATRIOT berpunca selepas manipulasi fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia menjadi lebih para...
-
PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengam...

No comments:
Post a Comment