Lain-lain

Sunday 12 April 2015

Jangan cabar pihak berkuasa sewaktu tempoh PRK

Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja memainkan isu sensitif dan berbaur hasutan yang boleh menimbulkan kekacauan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.“Tanggungjawab polis adalah memasti dan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang PRK dan saya beri amaran jangan ada parti politik cuba timbulkan isu-isu sensitif terutama berkaitan hasutan atau menimbulkan kekacauan.
“Kami juga tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba buat kacau untuk mengganggu ketenteraman awam,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi. Menurutnya, polis akan memantau ceramah-ceramah sepanjang tempoh berkempen serta media sosial bagi memastikan tiada isu sensitif dimainkan.Sejumlah 2,000 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang akan terlibat sepanjang PRK itu dan bantuan daripada kontinjen lain serta Bukit Aman akan diminta jika perlu.
Semua 35 lokasi panas di kawasan Parlimen itu akan dipantau menerusi Ops Payung seminggu sebelum hari penamaan calon.Sehubungan itu, beliau menasihatkan calon bertanding yang ingin mengadakan ceramah atau perhimpunan sepanjang tempoh berkempen agar memohon permit daripada polis.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian jatuh pada 7 Mei.Keputusan itu susulan kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen susulan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota keluarganya ekoran sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

No comments:

Post a Comment

.

Catatan lain