RISDA dengan ini bersetuju melaksanakan pemberian Bantuan Khas sebanyak RM500 secara one-off kepada semua penoreh bukan pemilik yang layak memenuhi syarat. Bantuan Kejatuhan Komoditi Harga Getah (BKKH) 2.0 diperkenalkan pada tahun 2013 ini diwujudkan lagi pada tahun ini bagi membantu penoreh bukan pemilik yang terjejas pendapatannya akibatnya kejatuhan harga getah yang ketara.
Setakat April 2014, harga purata SMR20 (f.o.b) jatuh daripada RM7.75/kg tahun 2013 kepada RM6.11/kg tahun 2014 manakala harga SMR20 (f.o.b) berada pada paras yang terendah iaitu RM6.76/kg tahun 2013 berbanding RM5.44/kg tahun 2014.
Kejatuhan harga getah ini telah menyebabkan pendapatan penoreh bukan pemilik secara purata jatuh daripada RM365 kepada RM269 sehektar sebulan, dan di bawah paras kemiskinan iaitu RM720 sebulan.
TAFSIRAN - BERDAFTAR DENGAN RISDA
1. Bagi penoreh yang bukan pemilik yang tersenarai di dalam Dalam Data Banci Pekebun kecil RISDA 2013.
2. Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai di atas pengisian borang BKKH(P)-01 atau BKKH(P)-02 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA termasuk agensi lain seperti :
a. Lembaga Getah Malaysia (LGM)
b. Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
c. Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
d. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
e. FELDA
f. FELCRA
g. KESEDAR
h. KETENGAH
i. Dan lain-lain sumber Agensi di bawah KKLW
KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Penoreh Bukan Pemilik yang berdaftar dengan RISDA
KADAR BANTUAN
1. Kadar bantuan sebanyak RM500 setiap penoreh bukan pemilik dan bantuan diberikan secara one-off
SUMBER BANTUAN
1. Bantuan ini dibiayai menggunakan Sumber Bantuan Langsung Kerajaan.
TEMPOH PERLAKSANAAN
1. Pelaksanaan bantuan ini adalah serta merta sehingga 31 Disember 2014. Walau bagaimanapun bagi pemohon 'walk-in' yang telah lengkap, layak dan memenuhi syarat, BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT DENGAN KADAR SEGERA.
Sebarang pertanyaan sila hadir ke Pejabat RISDA berhampiran atau layari www.risda.gov.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
-
MAJLIS SEPETANG HIMPUNAN ANAK-ANAK MUDA BERSAMA0 Y.A.B TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD. YASSIN. TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSI...
-
Gambar hiasan K erajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) di kalangan Orang ...
-
K etua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam p...
-
A mat menyedihkan bila Islam jadi pengecut dan sanggup menurut apa sahaja kehendak pemimpin mereka. Jika Ya... maka ya lah, Jika tidak... ...
-
J elajah TUKAR ( SKT2013 2.0), sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekit...
-
“Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja...
-
KEKAL atau TUKAR ? jika betul kita kekal, jika salah kita tukar. Apapun diucapkan tahniah kepada Wokil Rakyat PAS yan telah berjaya men...
-
DOWNLOAD : UCAPAN BAJET TAHUN 2014 Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
-
Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Dat...

No comments:
Post a Comment