Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata nelayan perlu membuat anjakan sikap secara drastik untuk keluar daripada perkara yang menjadi 'budaya turun temurun' itu bagi memastikan mereka tidak berterusan menjadi mangsa orang tengah.
"Ini merupakan cabaran besar kepada kementerian dan kita perlu fikir bagaimana boleh membantu dalam merubah minda golongan berkenaan, sekali gus memastikan matlamat program itu tercapai," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Program Jihad Memerangi Orang Tengah itu dilancarkan pada 9 Februari lepas, dengan lapan strategi utama yang menyasarkan untuk membebaskan golongan nelayan daripada terus berada dalam cengkaman orang tengah.
Antara pendekatan agresif dalam strategi itu, termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) pula menyediakan tabung pinjaman tanpa faedah untuk kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 persatuan nelayan kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan golongan berkenaan terus bergantung dengan orang tengah.
Mengenai kemudahan pinjaman wang yang ditawarkan Tekun dan Nekmat kepada nelayan, Ismail Sabri berkata nelayan akan diberi kelonggaran pembayaran balik pinjaman yang dibuat.
"Kedua-dua badan tersebut tidak akan mengutip hutang daripada nelayan semasa musim tengkujuh memandangkan kesulitan yang dialami golongan berkenaan pada musim itu," katanya.
Langkah itu, katanya, mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada 105,000 nelayan di seluruh negara tetapi rakyat sebagai pengguna untuk mendapat bekalan ikan pada harga rendah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
V ideo yang mungkin menjadi satu sejarah jenaka baru bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Rakyat Selangor.Menteri Besar Selangor Khalid Ibr...
-
JAWAPAN MEREKA TERHADAP KONSERT NI BILA DAH KENA KAT MUKA SENDIRI. JAWAPAN DARI PENGERUSI LAJNAH KEBUDAYAAN & KESENIAN Ada ahli PAS ...
-
A da udang disebalik batu, Jika sebelum ini kita amat mengharapkan seorang yang cukup bagus untuk menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Kela...
-
KEMBARA TUKAR KELANTAN #SKT2013 Kubang Kerian.Perarakan sekitar Salor - Pasir Tuboh - Kubang Kerian(Mydin Mall). Antara Skuad...
-
Alhamdulillah, diluar jangkaan! Seramai hampir 650,000++ orang umat Islam telah hadir ke program Selawat Perdana yang diadakan di Dataran Ma...
-
KEKAL atau TUKAR ? jika betul kita kekal, jika salah kita tukar. Apapun diucapkan tahniah kepada Wokil Rakyat PAS yan telah berjaya men...
-
B aru je 1 Ramadhan, sudah riuh satu pejabat kakitangan-kakitangan awam sudah mula bercakap soal bonus, yang paling menjadi tumpuan iala...
-
PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengam...
-
R antau Panjang 23 Mac 2013. SKUAD KEMBARA TUKAR KHAS RANTAU PANJANG (SKTKRP2013) telah mencatat sejarah apabila sebanyak 2,...
-
SKUAD KEMBARA TUKAR mendapat sambutan hebat pada hari pertama, kedua dan ketiga . Selepas menjelajah Parlimen Kota Bharu dan Parlimen Ku...

No comments:
Post a Comment