Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional agar tidak menyalahgunakan kemudahan itu.
Titah baginda mereka juga perlu melunaskan pinjaman seperti yang ditetapkan agar kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh peminjam lain pada masa akan datang.
"Segala kemudahan yang disediakan agensi kerajaan bertujuan membantu usahawan, dan peluang yang ada harus diambil untuk usahakan perniagaan sebaik mungkin," titah baginda ketika ketika merasmikan Program Jelajah Informasi Usahawan anjuran kerajaan negeri Pahang peringkat daerah Raub di Dataran Taman Tasek Raub.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin.
Titah Tengku Abdullah sejak penubuhannya pada 1995, Tekun Nasional sudah mengeluarkan pinjaman lebih RM3 bilion kepada 280,000 usahawan di seluruh negara.
Di Pahang sahaja lebih 30,000 usahawan mendapat pinjaman membabitkan peruntukan RM205 juta dalam tempoh yang sama, titah baginda.
Baginda turut berharap jelajah usahawan yang diadakan itu dapat memberi panduan dan maklumat kepada usahawan dalam mendapatkan pinjaman serta bantuan untuk menjalankan perniagaan.
Hasil maklumat dan panduan itu, baginda berharap usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan dan peniaga yang maju dan berdaya saing akan tercapai.
Baginda turut menyarankan agar usahasama dijalankan antara Majlis Amanah Rakyat (Mara), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Tekun dalam mengenal pasti golongan asnaf yang berpotensi diberikan bantuan bagi memulakan perniagaan.
-BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kun...
-
S etiap perkara buruk mesti ada dalangnya, tapi kita tidak tahu siapa.Bangsa Melayu dan Cina sekarang seolah-olah sudah berperang.Banyak...
-
K etua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam p...
-
SELAMAT DATANG KEPADA ANAK PERANTAUAN NEGERI KELANTAN HIMPUNAN PERDANA ANOK-ANOK KELATE DI PERANTAUAN 2013 17 FEBRUARI 2013 DIS...
-
C ukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini...
-
PETALING JAYA , 23 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah tindakan Bank Negara meme...
-
S ebagaimana yang kita ketahui, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 telah meletakkan cendawan sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi...
-
P emberian RM500.00 setiap seorang kepada peserta yang memiliki tanah getah kurang dari 6.1ekar/satu pemilik di seluruh Negeri Kelantan yang...
-
PKR dan DAP mampu berjuang tanpa PAS – Guan Eng DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengam...

No comments:
Post a Comment