Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan konsert amal iaitu Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember 2013.
Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam ini akan menampilkan barisan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah serta penampilan istimewa daripada artis seberang iaitu Rossa dan Pasha Ungu.
Objektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali berharap agar sumbangan daripada hasil wang jualan tiket konsert amal ini mampu mengurangkan bebanan sekaligus dapat membantu dalam mengubah destini mereka pada masa akan datang.
Dalam memberi ruang untuk menyalurkan bantuan serta merapatkan jaringan YDAB dengan pelbagai agensi kerajaan, organisasi korporat serta syarikat swasta dan orang persendirian, Konsert Destini memberi tawaran pakej-pakej tajaan serta pulangan tajaan seperti Platinum (RM100,000 dan ke atas), Diamond (RM80,000 – RM99,000), Gold (RM30,000 – RM79,000), Silver (RM10,000 – 29,000) dan Tajaan Terbuka atau Persendirian (tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM10,000).
INFO - http://beautifulnara.com/artis-artis-popular-jayakan-konsert-destini-untuk-bantu-pelajar-kurang-berkemampuan/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan lain
-
Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara secara percuma. Penerima MY...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kun...
-
S ebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture...
-
Alias Ahmad 2 JUN 2015 : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan pemeriksaan besar-besar...
-
Kekeliruan dan kontroversi plat PATRIOT berpunca selepas manipulasi fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia menjadi lebih para...
-
Mazlan Aliman Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam ...
-
M enjelang Muktamar PAS ke 61 yang akan berlangsung beberapa hari lagi sangat signifikan kepada parti itu dengan pertandingan dua penjur...

No comments:
Post a Comment